iqah..anak mak ngah yg bongsu
Hmm..bermulanya cuti semester..berlegar2 dibenak fikiranku..apela nak bt cuti ni ek..mcm2 plan dah dalam kepada nih..abes exam ari selasa 10 hb..mlsla nak balik, kat umah x de sapepun..mak abah keje, adik kat asrama..tinggalla aku sorg2 kat umah..hmm..boring..so aku mengambil keputusan untuk stay je di kolej kesayanganku itu...mcm2 benda aku leh bt..huhu..
So, menjelang hari Jumaat, barulah terkedek2 aku naik tren, g pudu then baru sampai sekinchan lebey kurg kol 5 ptg..alhamdulillah..sampai jugak aku...hehehe..abah n mak da rancang ari sabtu nak menghantar makcik2 n pakcik2 beliau di Kelana Jaya, bg memenuhi tuntutan ibadah haji..tp g lepas zuhor, sbb mak ada program di sekolah...aku pun akur la...then tiba pada waktu yg dirancang..abah dapat call..kakak beliau tenat n telah dibawa di wat ICU..so kami pun cancellah planning nak g Kelana Jaya tuh..abah n adik-beradiknya telah berpakat untuk terus pergi ke Pahang..dalam pukul 3 jugalah mereka ni bertolak ke sana dan berkonvoi 3 kereta..km? tinggal di rumah jela..
Pukul 7 ptg, abah call kami, dengan mengkhabarkan berita mengenai mak ngah yg mmg sakit tenat..doktor mengatakan jantungnya sudah rosak dan tidak berfungsi lagi, dan hanya diberi tempoh paling lama hayat mak ngah hanya 3 hari sahaja..pada mulanya, dorg ni nak balik terus, tp memandangkan keadaan mak ngah yg tenat..mereka memutuskan untuk stay di situ sahaja....talian diputuskan..azan maghrib berkumandang..kami yg menerima call itu terpinga2..mak ngah x punya penyakit sebelum ini dan pada fikiran aku..myb mak ngah cume sakit yg ringan2 sahaja..agak terkejut..tp itulah ketentuan yg Allah tentukan untuknya..
7.30 mlm, abah menghantar sms spy kami sume membacakan yasin n solat hajat..dan pukul 8, abah call lagi..mereka baru sahaja selesai membuat solat hajat dan bacaan yasin..keadaan mak ngah semakin kritikal di mana, jarum denyutan nadi yg berada di sisinya semakin lama semakin menurun..air yasin yg telah dibacakan td telah disapukan dimuka mak ngah..dan mak ngah masih dalam keadaan koma lagi..talian ditamatkan...
Tepat pukul 10, abah call lagi..kali ini berita yg dikhabarkan ialah mak ngah sudah tiada lagi..Innalillahiwainnailaihiraajiuun...dan pada waktu itu, jenazahnya akan segera diuruskan oleh pihak hospital untuk dihantar ke rumahnya...abah mengarahkan kami b'siap2 untuk terus ke pahang..kami,berpakat sepupu2 dan mak masing2 berkumpul di tol gombak...(abah masing2 da sampai ke sana pada pukul 3 ptg td)..kami merancang memulakan perjalanan seawal 3 pagi..ini kerana ada diantara kami yg baru pulang dari tempat kerja dan punya hal2 yg perlu diselesaikan..tepat pukul 3 pagi, semua sudah berada di tol gombak, dan kami teruskan lagi perjalanan..
Pada pukul 6 pagi, kami solat subuh di Bentong, dan setelah selesai kami meneruskan lagi perjalanan..kami sampai ke rumah mak ngah pukul 7.30pagi..dari jauh ku lihat sanak sedara kami sudah ramai sana, tidak kurang dari itu..ku dengar juga tangisan sayup-sayup kedengaran..sebak rasa hatiku.ku gagahi juga diri ini melangkah masuk dan melihat jenazah..tanpa disedari jatuh juga air mata ini..lantas mengambil senaskah yasin dan ku sedekahkan pada arwah mak ngah..ku lihat wajahnya jenih dan tenag sahaja..dan doaku mudah-mudahan dirinya tenang dan bahagia di samping org2 yg beriman di alam yg baru..amin ya Rabb..
Seusai itu, kami meminta izin dari penduduk kampung, untuk menguruskan jenazah arwah di bawah kendalian famili..padaku, itu adalah cara yg sebaik2nya..abah mengarahkan agar semua anak-anak mak ngah yang seramai 8 org itu memandikan jenazah ibu mereka..sementara itu, berbekalkan ilmu yg sedikit ini, aku menguruskan kain kafan dan inilah juga waktunya untuk aku mempraktikkan ilmu yg ku belajar pada satu ketika dahulu..alhamdulillah..semua peralatan, kapas, serbuk cendana, kapur barus, air mawar sudah disediakan oleh penduduk kg di situ..Setelah menyelesaikan ikatan disisi jenazah..ikatan terakhir iaitu di bahagian kepala dibiark an terbuka..ini kerana ingin memberi laluan kepada sesiapa yg mahu menatap jenazah buat kali terakhir..Sebak dadaku melihat anak2 mak ngah,adik-beradiknya dan seluruh sanak saudara mencium wajah arwah buat terakhir-kali..ku lihat juga, iqah..anak bongsu mak ngah yg masih belum berkahwin dan amat manja dgnnya, begitu payah dan sukar untuk menahan air mata yg mengalir..untuk mencium ibunya buat kali yang terakhir..teresak-esak dia menyudahkan air matanya..agr tidak menitik di wajah jenazah ibunya..sedih kami yang melihatnya..dengan pujukan dari ibuku, da sedikit kata-kata perangsang dari pakcik-pakciknya, dia kuatkan juga dirinya itu, yg hampir lemah disisi ibunya..lama dia di situ..maka,tatkala itu..air mata yg melihat juga berlumba-lumba mengalir laju..di samping itu, kami juga masih menunggu kehadiran pak long sekeluarga dari johor yg masih dalam perjalanan..Setibanya pak long sekeluarga, situasi masih juga sama, suram..pak long yang dari jauh kulihat cuba untuk menahan air matanya..tetapi..apabila melihat adik-beradik dan sanak saudara yg tidak putus2..membaca yasin..membuatkan dirinya kehilangan seorang adik..jatuh juga air mata lelakinya pada saat itu..kami lihat..mereka adik-beradik berpelukan sesama sendiri..sambil bergenang air mata..kehadiran pak long, yg baru tiba itu, mengumpulkan adik beradik dan seluruh keluarga membaca yasin dan sedikit tahlil sekali lagi..dalam hatiku..erat sungguh ikatan ukhwah yg di pertontonkan kepadaku tika itu..konsep kasih-sayang yg terbina pada keluarga ini..membuatkanku berasa bertuah dilahirkan dalam keluarga ini..moga2 roh mak ngah tenang di dunia baru..
Setelah selesai semuanya, jenazah selamat ditanam di sebelah kubur suaminya..pak long sekali lagi bertindak mengumpulkan semua sanak saudara untuk memberi sedikit tazkirah..pak long juga mengingatkan kepada anak-anak mak ngah yg seramai 8 org itu, supaya merapatkan ukhwah sesama mereka, tidak perlu adanya pergaduhan atas sebab hal-hal yg kecil dan sebagainya..ini juga adalah manfaat bg kami yg mendengar..tepat pukul 3 kami semua beransur pulang ke rumah masing2..
(Mak Ngah meninggal pada pukul 10 malam, Sabtu, 14/11/2009) semoga rohnya dicucuri rahmat..