Jumaat, Ogos 7

KeHiDuPaN YaNg MeNcAbAr..

Gambar disebelah menunjukkan.. diri ini yg pemalu, lemah lembut dan ayu lg jelitawan.. versi xde kerje..hehehe..peace!!

Ku rasakan hari-hari yang berlalu.. semakin pantas meninggalkan kenangan semalam.. cepat betul masa berlalu.. pagi ke petang.. petang ke malam.. malam ke pagi.. (ulang 8 x) dan seterusnya.. bila ku lihat di kalender sudah 7 Ogos rupanya.. ini bermakna sudah sebulan diri ini bergelar pelajar.. mcam2 perkara yang ku lalui dalam hidup ini.. tawa.. riang.. canda.. sedih.. dan bermacam2 lagila.. sume ada.. biasalah.. hidup kan mencabar.. kdg2 ada kat atas.. kdg2 ada kat bawah.. tp byk yang "tawa, riang dan canda" 2 kot.. buat ape sedih2.. kan.. kan.. hehehe.

Bermula episod kehidupanku disini.. apabila tiba di UKM untuk mempelajari dalam bidang Usuluddin dan Falsafah.. memang mencabar sebenarnya subjek dalam bidang ni.. mana ada belajar yang senang kan.. semester ni je.. kalau boleh aku ingin sekali mencapai cgpa 4.00. Mg2 aku akan sampai ke tahap itu.. dan ini juga bt peniup semangat bg adik2ku nanti.. tp bukan itu sebenarnya matlamat yg paling utama.. semoga aku berjaya juga memahami, mendalami dan menghadamkan pelajaran yg ku pelajari untuk hari2 seterusnya.. banyak benda lagi yg ku x tahu.. semakin aku belajar.. semakin ku rasakan apalah yg ada pada diri ini.. berbanding dgn ilmu Allah yg luas itu.. Ya Allah jauhkanlah diriku dari sifat2 riya' dan semoga ilmu yg ku pelajari ini akan membawa manfaat pada diriku dan org lain.. aminn.. doakan aku ye.. hmm.. semester ni aku amik sebanyak 5 subjek:

1) Metodologi Kajian Tafsir dan Hadis Semasa
2) Metodologi Mutakallimin, Falasifah dan Sufiyyah

3) Kajian Agama-Agama

4) Seminar Tasawwuf Perbandingan
5) Masyarakat Muslim di Malaysia

Banyak juga assaignment yg diberi.. setakat ni kajian ku berkisar tentang "Gerakan Missionari Kristianisasi dalam Pendidikan dan Percetakan di Malaysia" Profesor memintaku supaya membuat kajian di gereja dan sekolah2 yang ditubuhkan oleh mereka .. soal selidik dan kalu boleh dapatkan bahan percetakan agama mereka.. amat mencabar juga kajian tentang ini.. semoga aku kuat berhadapan dgn mereka bg mencapai matlamat kajianku.. amin.. Assaignment tentang "Manhaj Salaf dan persoalan Akidah", telah ku bentang di kelas minggu lalu.. Kini assaignment lain pula yang akan menyusul.. dan dalam pembikinan.. hehe.. nak takhrij hadis, kajian tafsir tentang diturunkan al-Quran itu 7 huruf dan macam2 lagilah.. nak bt kena bt seminar tentang "Konsep al-fana' dalam ilmu tasawwuf dan perbandingannya dengan konsep nirvana dalam Buddisme", First sekali bila prof umumkan tajuk aku tuh.. adoyai.. buleh ke aku bt nih.. mcm ssh la pulak.. nak kene hubung kait lak dah.. i.allah.. aku boleh!! sekarang duk baca2 dulu buku2 yg ada.. nak wat seminar ni dalam bulan 9 nanti.. chaiyok2!!

Mmg banyak beza antara degree dan master nih.. dulu ms degree.. kita belajar byk menerima dari mencari.. sume nota dari lec.. tinggal nak ingat dan faham je.. pas2 exam.. tp kalau da peringkat master ni.. agak ssh juga.. semua bentang2.. n dapat kritikan.. semua rujukan lak bahasa Arab dan Inggeris.. di samping kene banyak membaca.. berkongsi idea.. mencari nota sendiri.. isu semasa terkini.. xdenye lec nak bagi nota bulat2.. ada gakla dalam kelas 2.. tp kene cari rujukan sendiri gak.. mmg otak kene kreative n kritisla kalu da sampai peringkat ni.. besanya lec suka mendengar pandangan dr kita.. dalam kelas pun kita yg banyak membentang.. lec hanya menilai.. memberi komentar dll.. apa yang menariknya, da 3 kali bagi tajuk tok wat kajian.. tapi mentah2 ditolak oleh prof.. dengan alasan tajuk terlalu umum.. so kecikkan.. bila kecikkan.. nak lg kecik.. mmg rujukan terhad n kene pandai cari sendirila... berkisar dgn soalan yg diberikan knp, sbb apa, bagaimana, dll.. akhirnya proposal yg keempat diterima.. dengan hujjah2 yang ku berikan.. mmg nak nangisla ms mula2 tuh.. bila da diterima kali ke4.. x jd nangis dah.. sbb dah okey.. ngeh3... apa yg penting semangat perlu kuat dan sikap keterbukaan perlu ada..

Apa yg ku lihat, ramai di kalangan siswazah master ini org yg telah bekerja.. cekal betul org ni.. anak da 3,4.. masih ada lagi semangat nak belajar.. time bile agknya dorg nak siapkan kerja2 yg diberikan oleh lec ek.. anak sakitlah.. kene anta g sekolahla.. bz betull.. tp mereka ini di kalangan yg hebat juga.. anak 4.. suami 1.. tp cgpa mantop!! hehe. aku yg duk kolej ni pun rasa berat.. tp sempat lak update blog ek.. hehehe.. 2la.. pesananku bt mereka yg dalam dilema.. bg lepasan degree.. nak kerja atau sambung belajar?.. baiklah kalian sambung belajar.. bukan lame sgt pun belaja ni.. paling cepat 3 sem da abes.. paling lama 4 sem.. kejap je korg!! aku rasa kalu da keje.. nak sambung balik.. mesti rasa malas dah pas2.. lagi2 da kawen lak.. ada anak.. hmm, mmg banyak t.jawabla.. terutama bg pempuanla.. lelaki nak smbg ms keje n dan kawen xde mslh.. bukan dorg pun nak jaga anak.. hahaha.. macamla aku dah kawen.. huhu.. berdasarkan pengalaman org2 lame.. dorg cakap kat aku cam2lah.. hehehehe.. cube korg bayangkan.. sekarang ni pun nak keje kat tadika paling kurg ada diploma.. tah2 nanti spm pun da x guna dah.. dunia semakin maju ke hadapan.. byk bakal2 intelek di sana sini.. dimana halatuju kita?Imam Syafie pun ada pesan kan

" Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatkanmu cemerlang di dunia dan akhirat, disamping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan org2 yg soleh"

semoga kita dalam kalangan org2 itu!! so.. xkan x nak kot? hehe.. mehla pakat sama2 kita mencari ilmu lg.. dunia dan akhirat.. cube kita tengok tokoh2 terdahulu seperti Imam Ghazali.. meninggal ketika umur 55 tahun.. tp byk menyumbang ilmu.. dgn kitab2nya.. sehingga kini menjadi rujukan kita.. dgn keadaan ms itu yg tidak mempunyai peralatan canggih seperti komputer.. dan mungkin juga beliau menulis karya2nya hanya dengan bertemankan lilin sahaja... kita hari ini telah mewah segala2nya.. cakap je lampu.. komputer.. peralatan menulis.. dll.. mmg xde masalahlah.. tp di mana nilai ilmu yg kita ada? ada usaha nak bt kitab? sapa lagi kalu bukan kita.. so, tanyela diri msg2.. sekadar hanya renungan mungkin.. hehe.. (dia da start ).. camne nak berenti nih.. hihihi..

Oh ye.. sebelum terlupa.. buat yg masih dalam dilema.. silalah buat keputusan dengan bijak.. dan tawaran buat yang masih mahu menyambung pelajaran peringkat Master, kini pada tahun 2009, kerajaan telah meyediakan biasiswa bg siswazah Master dan PHD.. untuk maklumat lanjut, sila layari www.mohe.gov.com. sume terma dan syarat da ada disitu.. sila baca.. jgn malas2.. hehe... sila klik pada pakej ransangan ekonomi kedua(bajet mini). Alhamdulillah kami semua kebanyakkannya mmg dapatla biasiswa tersebut.. yuran pengajian sepenuhnya di tanggung oleh pihak kerajaan.. tinggal malas dgn x je lagi nak belajo.. huhu.. Oh ye.. penulis sedang mencari2 tajuk untuk tesis bagi semester tiga nanti.. sape2 ada idea.. silalah kongsi ek.. berkisar tentang Usuluddin dan Falsafah... buat permata hati " ayahanda dan bonda" terima kasih diucapkan... kerana kalian.. diri ini sampai ke tahap ini.. doaku agar kalian panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat2 selalu.. doa kalian juga yg menjadi semangat untuk aku terus berjaya melalui hidup ini.. hehehe.. tq mak abah i luv u!! so much!!!muaaaahhhh... yea..yea.. minggu depan balik kg... check it out..