Sabtu, November 21

UJiAN ALLAH...



 Abah dan mak tesayang.. & en abah yg sempoi..


Balik dari Pahang..keesokkan harinya, aku sudah tidak mampu bagun lagi..ku rasakan kepalaku terasa amat berat sekali..suhu badan juga meningkat..selsema dan batuk silih berganti..hmm..demam ke aku?aku terpinga2..lalu merasa dahiku..owh..panas ni..sahla demam ni..so aku meneruskan niat suciku untuk menyambung tidur lagi selepas subuh..hehe..myb dek kerana kepenatanku yg memandu pergi dan pulang dr pahang, xmasuk lagi tangisan sehinga hampir kering air mata, x cukup rehat lagi..myb 2 semua faktor besar yg menyumbang kepada terjejasnya kesihatan diriku..xpela..telah lama Allah megurniakan nikmat sihat kepadaku..mungkin dgn ujian yg sedikit ini dapat membuatkanku dekat dengannya...amin..mudah2an begitu...

Kepala punyala pening, sehinggakan mak dan abah g kerja pun aku x perasaan..bangun je dr tido, kulihat sudah pukul 9 pg..da lewat ni..aku melihat hp..ada 3 msg..msg 1 yg ku terima dr mak yg mengatakan abah exciden..wawawa..lantas aku mengejutkan adikku..dan kami berdua terpaku di situ..dgn harapan abah x da ape2..msg seterusnya berbunyi " abah exsiden depan umah u.sulaiman, keretanya teruk dilanggar dari belakang tapi abah xde ape2, org yg melanggar itu pula masuk dalam parit..mereka juga tidak cedera, sekarang polis sdh sampai di lokasi tersebut..syukur abah selamat.. " mengucap panjang diri ini melihat sms itu..alhamdulillah dan syukur abah x ape2..tp dalam ms yg sama aku menangis sekali lg..entah kenapa, jiwa ini amat mudah tersentuh..abah beb!!sp x syg..hehehe

Aku cube call abah, x dapat..dimanakah beliau ketika itu?mungkin sibuk dgn hal keretanya..xpela..ape2 pun yg penting abah x de ape2..x lama kemudian ada kereta muncul di halaman rumah.." abah ada balik x?acik ada nampak kereta dia exsiden depan tu.." laluku menjawab.." x taula acik, myb die ke balai polis kot..sy call die pun x angkat2 ni.."..selang beberapa minit kemudian, abah dgn selumbernye balik bawak kete sorong sambil mengangkat barang2 yg diambil dari dalam keretanya td, lalu diletakkan di atas meja..kami x putus2 mengucap syukur..abah masih sihat seperti biasa..alhamdulillah..

Setelah aku lihat abah tenang, sambil dirinya duduk di ruang tamu..aku mula bertanya kisah yg sebenar..menurut cerita abah, kereta yang melanggarnya itu yg salah, kerana abah
sudah berada dijalan yg betul..ini adalah beliau telah lama memberi isyarat untuk msk ke lorong rumah kami yg berada di kiri jalan..beliau berada di tgh2 lorong jalan dimana lorong khas untuk mereka yg mahu masuk ke lorong kanan/kiri jalan..ok..anda dpt bygkan x?sila fokus okeh..heee..tibe2..datang dari belakang, sebuah kereta yg teramatla laju..abah nak mengelak mmg x sempat, kiri ada trelar dan kanan ada kereta pula..mahu x mahu abah hanya bertawakkal sahaja dgn memegang streng kuat2..menekan brek kaki..beliau mmg tahu keretanya itu akan di rempuh..hanya itu yg mampu dirinya lakukan pada ketika itu..oleh kerana brek yg ditekan oleh abah kuat, abah terseret juga beberapa meter ke hadapan..di samping itu, kereta yg melanggar itu merempuh kereta abah itu terpelanting dan msk parit di sebelah kiri.(mungkin cengkaman tayar disebabkan abah brek kaki dgn kuat)..kereta yg melanggar masuk ke dalam parit yg dalam..berikutan hujan yg turun dengan lebat sejak akhir2 ini..mereka diselamatkan oleh org ramai..dan hanya mengalami luka2 dan kejang kaki..alhamdulillah semua itu kekuasaan Allah..kesemua pemandu dan penumpang kedua2 belah kenderaan selamat..dan hanya mengalami luka2 kecil..rata2 org yg meliat kejadian itu, mengatakan..jika dilihat pada kereta dan cara perlanggaran yg dahsyat itu..mmg kemalangan jiwa akan berlaku..dan mungkin jugaakan melibatkan nyawa..namun ap yg berlaku sebaliknya, alhamdulillah..syukur sgt2..

Akibat dr kemalangan yg berlaku, kini abah mengalami sedikit fobia..ku ingatkan dirinya da x boleh memandu..dan mungkin diri ini akan menghantarnya ke sekolah tiap2 hari..sangkaanku meleset..kini abah sudah mula risau jika aku yg memandu...kalu boleh jika ku ingin ke mana2 biarlah dirinya yg memandu..huhu..kire terbalikla pulak kan..itulah abah..dia amat risau dgn anak gadisnya ini..terharu sgt2..huhu..padahal da jauh aku penah bawak sampai pahang..hehhe..abah..abah..dia amat takut jika peristiwa yg menimpa dirinya itu terkena pada diriku..itulah kerisauan seorang abah terhadap anaknya...hehehe..syukran buat abah..semoga Allah melindungi dirimu dan memanjangkan umurmu...amin...kami sayang abah=)