Rabu, Februari 3

Re-Union..ALL X- KUSZA 2003-2006

Jom sama-sama memeriahkan program ni..kumpul duit dari sekarang..kalu yg da berkahwin 2..jgn lupe bwk sekali..jgn g sorg2 lak..hehehe


"Silaturrahim Kita"

Agak lama menyepi..kini diri ini kembali lagi..Mungkin kerana dek kesibukan dan tuntutan tugas yg telah diberikan..membuatkan diri ini..agak kekurangan masa dalam dunia blog ini..asignment2..proposal yg perlu dihantar..dan mcm2 lg..kini berlegar2 di benak fikiran ini..terasa kin, perjalanan masa yang begitu pantas berlalu..alhamdulillah dikurniakan nikmat kesihatan, umur yg sebaik mungkin aknku manfaatkan dan nikmat iman yg dianugerahkan Allah untuk ku..harapanku, mg2 imanku semakin hari menginjak usia..semakin 'matang'..dan 'bertambah' dgn benih2 keislaman yg ku perolehi dr hasil didikan kedua org tuaku..amin...

Hmm..teringat diri ini..tentang sahabat2 lama..yg kadang2 menjengah di fikiran..apalah yg kalian lakukan ketika ini yer?he3..tiga tahun di bumi kusza..menuntut ilmu bersama2..susah..payah..kita sama2 harungi..aduhai..indahnya saat itu..tp..kini ia telah pun berlalu..msg2 punya kehidupan tersendiri..tahun ini juga bakal menyaksikan sahabat2ku ini bakal menjadi isteri @ suami..aduhai..hmm..walau apapun..untuk kalian semua, diri ini mendoakan agar kalian dipermudahkan segala urusan..da semoga berbahagia dunia dan akhirat hendaknya..amin..jgnla diri ini dilupakan..do contact me ok!!=)

 
sahabat pertama yg mula2 bergelar suami..Mohd Faizol..mabruk ya ustaz!!mg2 kalian bahagia dunia dan akhirat..serta dikurniakan zuriat soleh dan solehah..amin..Beliau seorang yg pendiam..agak warak..waktu dlm kelas..sy x berani jg untuk berurusan dgn beliau..kerana kewarakkannya..he3..

ok, giliran kedua pula, 'Sakinatul Raadiyah'..rasanya da betul menyebutnya ni..he3..tahniah ye kinah..di sebalik keayuan dlm kelembutan..kini menyandang gelaran isteri..mg2 menjadi isteri yg solehah..da menjadi contoh kepada kwn2 yg bakal berkahwin x lama lg..hehehe..i berkenan sgt kalu ada apa2 tugasan dgn die ni..kemas je..perfect!!kire2 untungla suami die nih!!hee

 
Akan mengikut jejak langkah Faizol n Kinah..K.emy (Emylia Suzyla)..tarikh x dapat di pastikan lg..tp yg penting da x lame dah ni..mg2 urusan akk dipermudahkanla yer..hehe..seorang yg ceria..byk bercakap..x lekang dr senyuman..tp dlm kelas diam..pemalu kot..huhu..


 Seterusnya..br sj bergelar tunangan org..manis orgnya..empunya diri (Siti Norazyla)..Beliau juga merupakan seorang pendidik..kdg2 tegas jg orgnya..komited dlm persatuan..kire2 byk membantu dalam urusan PERSADAla dulu ni..tahniah kepada anda..he3..didoakan agar kalian berbahagia dan dipermudahkan segala urusan hendaknya..


Haa..yg ni Nurul Huda..sebenarnya i agak kompius..zyla @ huda kawen dulu?mane2lakan..yg penting kawen..hu3.. orgnya kecil..kecik2 da nak kawen..x paham..agak pendiam..kalu da kenal..x reti duk diam dah..he3..keje dia dr bulan 1 ari tu..duk membilang hari je..bilala agaknya bulan 5 nih..itulah..mg2 urusanmu dipermudahkan sahabatku!!he3

  

Seterusnya..Singapore mari..he3..diberi nama Aminah..bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan 5..kalu x silapla..hmm..orgnya pandai..dlm kelas byk musyarakah dgn lec..kalu sp2 x paham leh trs suh dia ajar..rajin gak die ni ajar kiteorang..tq mimin!!!



Hmm..yg ni x lain x bukan..empunya diri bernama 'Afrah'..berlaku kekompiusan juga..x pasti lagi nak kawen bulan 5 ke 6 ke 12. tp yg penting tahun ni gak!!hu3..sabar kak afrah yer..i.allah sampaila msnya nanti tuh...oh ye..yg duduk orgnye..yg berdiri tu adik die..jgn tersalah lak..he3.hmm..orgnya kecil, suka gelak, agak pemalu, pendiam..tp kalu da kenal..mls nak citer ar..tanye dia..he3..


Yg cantik manis..lg jelitawan ni..bernama 'Nur Assyura'..duk kat kelas..byk cakap gak die ni..suke gelak..x ikhlas sgt..sbb nanti tudung die x jadi..pening gak kdg2 die nih..da x lame gak dah ni..tgh mengumpul harta katanya..hehehe..i paling suke die ni tang kat mata die..kdg2 kaler biru..hijau..he2..peace!!i like!!!!


Yg ni bernama Nurazwani..kalu x salah ejela..selalu panggil wani jer..he3..baik orgnya..pemurah..selalu gak belanja kawan2 die ni..best kawan dgn die..dgr2 citer x lame juga die ni..xpe2..i doakan u yer..he3..rindu sgt kat die ni..


cik irah!!he2..Nama sebenar 'Shahirah'..ceh3..konon2 cunla gambar tuh..hehehe..comei..mmg comei..hm, bakal menamatkan zaman bujangnye x lame lg..tarikh x dpt dipastikan lg..x thn ni..i.allah thn depan..kan?hee..orgnya bising2 juga..byk pengalaman ttg persatuan..ape2 hal tanyela dia..mesti leh jwb nyer..pernah menyandang jawatan YDPAH PERSADA..hehe..hebat tuuu!!!

 

syikin, wani, myra, noha n sakinah..msg2 punya 'peel' sendiri..he3..sakinah pun da bahagia bersama suami tersyg..i.allah..jgn lupe lak sahabat2 kat sini yer..syikin, n myra yg sampai kini..x tahula dimana?rindulah!!

Siti Salwa..bakal isteri..bakal ibu kepada anak2nya..he3..bile yer awa?bila ditanya katanya 2 tahun lg..tahla..ape2 kami tunggu jela..apa yg terbaik bt dirinya, juga terbaik untuk kami..hee..nakal..lasak..ramah, mudah beri kerjasama dan mcm2 takrifan leh bg kat die ni..keje nak nyakat org je..hu3..tp bestla kwn dgn die..hidup awa!!


Mek Nol..'Ainul Faridah'..juga telah menyandang gelaran tunangan org..bakal mendirikan mahligai rmh tangganya..x lama lg..i.allah..hmm..makcik ira yg sebelah tu..sibuk gak nak bergambar..mcm2..orgnya..sgt komited dgn tugasan..org kuat persatuan..byk memberi idea2 bernas dll.. agak sukar untuk bertemu beliau..memandangkan beliau adalah org yg amat sibuk di malaysia..hehehe

  

Hehehe..nak buh gak!! x tahan..bakal juga..tp entah bila..doakan yer kawan2..hik3


Nik, En fahmi, Faizol, Azrul, K.afrah, Aishah, K.Emy, Zyla, Huda, Awa, Syura, Sakinah, Mek Nol K.Ti, Myra, Syikin, Wani, Noha..


  

Tinggal Kenangan..

Masing2 punya 'peel' sendiri..itulah yg menguatkan silaturrahim kita..semga semuanya dirahmati Allah..Ameen...

Sabtu, Januari 9

Master @ Kerja..



Ramai yg nak sambung belajar di peringkat master selepas tamat ijazah muda..tapi ramai juga yang was-was, takut, gerun…macam2 lagi perasaan yang datang bila sebut tentang nak sambung master…simple methode to elaborate an issue>> who?what?why?when?how?..mungkin persolan2 ini juga, secara x langsung dapat merungkai @ menjawab segala persoalan yg bermain di lubuk hati bg mereka yg berada di dalam dalam dilema..sambung belajar @ trs bekerja. 

WHO?
Q : Siapakah insan-insan yang takut ini?
A : kurang mengkaji n meneliti tentang life orang yang sambung belajar diperingkat master. Sentiasa buat anggapan sendiri dan melihat kepada istilah MASTER, seolah-olah tinggi sangat n rasa diri tak layak or tak mampu pikul tugas sebagai student master. Mula-mula dulu nak sambung dulu, rasa cuak juga..tapi da masuk sem 2 di sini..alhamdulillah..ok je..mane ada benda yg senang di dunia ni..melainkan untuk mencapainya ,dgn berusaha bersungguh2..minda lebih terbuka dalam membahas satu2 isu semasa...

WHAT?
Q : Apa yang ditakutkan, digerunkan..? Apa itu ’master’ sebenarnya?
A: Takut silibus susah, takut nak buat tesis, takut dengan ’dunia’ yang dicipta sendiri tanpa kita sedar. Master hanyalah satu peringkat dalam study..anggaplah ia ’an upgrade process’ teruatama buat sahabat-sahabat yang belajar di luar negara (khusus utk sahabat di Jordan). Isu n suasana belajar yang berbeza antara malaysia n Jordan menyedarkan pada saya betapa pentingnya student luar negara ambil tau tentang isu-isu semasa dalam negara. Setakat tau apa yang berlaku belum cukup utk kita, tapi bila kita faham, +- dengan apa yang kita dah belajar, maka kita akan rasa betapa seronoknya kita sambung belajar. Kita lebih memahami dan dapat memberi respon kepada sesetengah isu di negara sendiri, berbanding sekadar ambil tau n kemudian beralih ke lain. Ketika diminta membentangkan kertas kerja juga kita akan dikritik, ditanya@ disoal sehingga ke akar umbi..seboleh mungkin prof mahu kita menguasai tajuk2 yg telah diberi..ketika ini jugalah minda kita diasah untuk berfikir lebih jauh, mendalam..dan tahap mana kritisnya idea yg kita lontarkan..Untuk pengetahuan semua, apa yang dikatakan BA, MA dan PHD..adalah perkara yg berbeza..BA: just general knowledge..MA: mastery knowledge..PHD: mastery knowledge and solve problem..begitulah gambarannya..

WHY?
Q : Kenapa perlu sambung master?
A : Macam yang dah disebut sebelum ni.....Pada pandangan saya, amatlah patut sahabat-sahabat disana sambung belajar diperingkat master. Kita akan diketengahkan dengan isu-isu yang lebih besar n mendalam. Daripada tak tau, kita jadi tau malah boleh respon kepada sesetengah isu yang dibincangkan. Saya sendiri berasa kagum (bukan pada diri sendiri) pada sahabat-sahabat yang sama-sama dalam kuliah, bilamana membincangkan sesuatu perkara, kita akan dapat lihat perbezaan pandangan yang diutarakan secara kritis dan matang. Mungkin pada peringkat awal kita akan rasa sedikit takut (itu yg ana rasa bila tengok silibus student master) tapi lama-lama perasaan tu akan hilang bila kita mula faham. Pensyarah ada untuk jelaskan isu, student amat2 digalakkan bagi pendapat, kuliah lebih santai sbb sume org dewasa/bekerja/berkahwin/ada anak dsb..exam lebih kepada kbkk, kdg2 isu yang dibincang secara santai time kuliah pn boleh keluar exam..Antara isu yang menarik perhatian saya adalah tentang Metod pengajaran/pengajian Usuluddin, perlu diubah atau kekal pada tradisi?Bagi adik2 yg masih lagi muda2 lg 2..amat2la di galakkan menyambung terus di peringkat master ini..takut2 kalau da kerja lagi niat nak menyambung 2..mungkin agak sukar..yelah da pgg duit..bile nak menyambung da jadi agak sukar untuk belajar kembali...

WHEN?
Q : Bila nak sambung master?
A : Lepas abis B.A, sumber kewangan yang kukuh (dalam RM3500-RM5000). Boleh mohon bantuan KPT under bajet mini (KPT tanggung yuran pengajian master n Ph.D). boleh buka website Kementerian Pengajian Tinggi (www.mohe.gov.my) > information and service (bahagian atas) > scholarship & study loan > No. 1 – perkara last tentang Pembiayaan Untuk Pengajian Ijazah Lanjutan

HOW?
Q : Nak apply?
A : Pergi ke website universiti yang anda minat. Permohonan boleh dibuat online, tapi still ada beberapa perkara yang perlu dihantar ke universiti dalam tempoh yang ditetapkan. If ada apa2 nak tanya, sahabat n sahabiah antum semua ada kat universiti2 disini n bsedia untuk membantu. Setakat yang ana tau (UKM – sy  sendiri, khadijah aini, intan norfarhana, mutawalli. UM – syafawati , farhana, azhar, fahmie. UIA – siti salma)

Persoalan : kerja @ belajar @ kerja sambil belajar?
Kalau kerja..xde ilmu..susah jugak..lambat skit naik gaji.naik pangkat..kepuasan diri tak meningkat
Kalau belajar..xde kerja..susah gak..sekarang ni semua pakai duit..tp kalo belajar bidang kritikal..insyaallah xde masalah.tp sekarang pun kpt ada juga menyumbang..
Kerja sambil belajar..boleh tahan susahnya..tp susah mula2 je..sekurang2nya tak ambil risiko besar sangat sebab dah dpt elaun setiap bulan..mana nak dapat peluang mcm ni lagi..bergantung kepada diri sendiri nak lepaskan peluang atau rebut peluang...dan terpulang juga kepada kemampuan diri masing-masing..

Secara pribadi, sy syorkan..bg mereka yg di dalam dilema..baiklah anda sambung sahaja pengajian ke peringkat ini..Sekarang ini, zaman semakin maju..dari skop bidang pekerjaan sahaja..BA terlalulah ramai..untuk jadi pensyarah pun sekarang ni memerlukan PHD..tidak mustahil juga 1 hari nanti peringkat MA ini pula yg berlambak2..dan ketika itu..yg memegang sijil PHD amat2 diperlukan..Bukanlah segenggam sijil itu yg kita dambakan..tetapi apa yg lebih penting ilmu yg kita dapat..lebih bernilai..dan menjadi terlalu mahal jika dapat hadamkan dan sebati dalam diri kita..Kalau tidak kita mulakan siapa lagi?Diharap coretan yang ringkas ini dapat melegakan hati n menambah keyakinan pada sahabat-sahabat yang bercadang nak sambung belajar. Ada lagi yg tak faham? Boleh tanya lepas2 ni, takde masalah..Allahu yusahhil ’alaikum jami’an!.Dipetik dr artikel :Ust Syafawati Salehan...sy just mengedit2 apa yg kurg.berdasarkan pengalaman sendiri dan untuk maklum lebih jelas kpd para pembaca...

Khamis, Januari 7

Alahai Si Comel...


aksi2 kucing yg mencurigakan..huh!!

Hmm..minggu lepas dapat call dari adik perempuanku yg mengatakan seekor lg kucing kami mati..adoi..dala comel..xpela..kecil lagi..ape kata org..kalu jalan 2..masih terkedek2 lg..cam2la..tp...comel...hmm..xpe2..da ajal die nak wat camne..

So jumaat lepas ada kesempatan bgku untuk pulang ke rumah memandangkan kuliah masih baru bermula..kerja pun..xla banyak sangat...so balikla kan..then smpai di rumah, kulihat..kucing2 peliharaan kami ,beramai2 lepak di halaman rumah..aik..pelik..np lak dorg ni, x msk umah..ooo..rupanya dua ekor dr mereka ni mengalami penyakit cirit birit..so duk luar jela..x payah ngada2 nak masuk..huhu..

Kdg2 sian gak..x taula nak bg ubat pe dah..da bg minum air zam-zam..air gamat..cam2 gak lg..adikku membuat sedikit research tentang penyakit mereka..n last sekali ubatnya adalah berjumpa dr haiwan..huhu..kt sekinchan xde pun..so kami cube ikhtiar cara kampung@tradisional jela...bg minyak..sana-sini..dan kini alhamdulillah penyakit mereka tu da kurang...huh!!lega siket...aku rasa dorg ni tah makan ape benda tah kot..yela..2 ekor je yg kene penyakit tersebut..yg lain ok je..ktorg da bg makanan yg terbaik tau..lg mahal mknn mereka dr kami..huhu..dah 2 lak..kalu nak makan ikan..nak ikan kembung je..ikan lain xnak..mengada2 betul tau..dorg x tau ke ikan kegemaran dorg 2 mahal?adoi!!!

Yg 2, satu kisah..ni kisah lain lak...adik aku duk cakap sorg2..pening kami dibuatnya..ape hal lak budak ni..siap jerit2 lagi..last2..die panggil aku.."kak, cube ko try cakap ngan comot n bulat ni..aku cakap die bt derk je..tanye nak makan ke x pun..diam je..kola lak try.."..hmm..aku pulak..n da last sekali..aku cakap kat die.."aku da tau ssb apa comot n bulat x nak cakap..sbbnye..comotkan kucing parsi..yang bulat lak..kucing siam..die x paham ko cakap melayula tu..ko tau x..dorg ni telah mengalami krisis identiti.."hahaha..kami sama-sama gelak..so adik aku mengambil keputusan untuk cube berbahasa dgn budak yg dua ekor tuh...huhuhu..

Di sebelah petangnya pulak..besala..abah balik masjid..pas asar..mesti ada je benda yg dibeli..kueh2 ke..burger ker...km pun dukla kat halaman umah tu.. minum petang org putih kata..haa..cam2la..hehehe..pas2..kucing2 ni pun sibuk jugak..ada yg mengendeng nak makan jugak..tp bt x tau jela..tibe2 adikku cakap "kak, ko tgk eh..aku buh siket kueh donat..n siket burger depan comot..tgk aaa die nak mkn yg mana satu.." dgn rakusnya..si comot mengambil keputusan untuk memilih donat..habis lak 2..yg burger lgsg die x sentuh..lantas aku berkata.."aku da agak dah..die pilih donat punya..sbb die kan dr parsi..mane ada kueh2 tradisional kita kat sana..tu..burger tu..xdanya die nak makan..myb da bosan agaknya..hahahaha...gelak lagi...tibe2 abah lak mencelah.."nasib baik abah x beli pizza, kalu x mesti x abes.."..huhuhu..cam2la di suatu petang yg ceria!!hmm..kdg2 penat gak melayan kucing2 ni..tp 2la..dr bosan x wat pe..layan dorg ni terhibur gak...hehehe