Jumaat, Ogos 28

Ramadhan Kareem..



Umat Islam di Malaysia dan negara lainnya dah pun mula berpuasa. Salam Ramadhan buat semua. Tahniah kepada semua yang telah berusaha menyambut Ramadhan kali ini dengan memastikan diri masing-masing bersiap sedia menyambutnya. Da masuk hari ke 7 berpuasa nih.. ape yg aku dapat heh? Koreksi diri!! Hmm.. teringat ketika usiaku masih kecil lagi..aku sudah diajar berpuasa..hari pertama da x larat..lepas Asar mintak izin pada mak “Mak bukak pose tau..da nak mati sangat nih”.. Beliau gelak jer.. pas2 x bagi aku buka pose lak tuh.. hehehe.. Kalu di ingat2 balik..buek malu den jo.. Okehla.. dalam kesempatan bulan puasa kali ni, barangkali elok untuk kita lihat dan tinjau kembali beberapa amalan- amalan yang sering @ memang kebiasaannya yang kita lakukan apabila menjelang Ramadhan ini.

1. Solat Tarawikh

*Harap-harap tidak ada lagi yang bergaduh persoalan tarawikh mesti 8 atau 20. Kalau ada lagi yang bergaduh, memang patut diluku kepala mereka kerana mereka masih tak reti bezakan persoalan khilaf dan dasar. Sedangkan nak buat solat tarawikh sekadar 2 rakaat pun boleh, nak buat 20 rakaat pun tak mengapa. Kalau tidak buat pun tidak berdosa. Yang penting, jaga solat wajib 5x sehari tu sentiasa. Okeh2..kalu nak tau perbahasan lebih lanjut lagi mengenai 8 @ 20 rakaat leh tgk web nih: http://al-fanshuri.blogspot.com
“ Hmm..malu beb makcik sebolah 2 da tua pun masih larat buat 20 rakaat..x kan aku buat 8 jer..”

*Jangan pilih surau atau masjid atas alasan: Huish... nape kau tak gitau surau tu pukul 8:57 dah habis 20 rakaat... Tempat aku 8 rakaat, 9:30 baru abes..

*Jangan pilih surau atau masjid atas alasan: Woit, moreh tempat kau makan apa? Tempat aku dah 3 hari biskut merie jer... huhu

2. Tadarus al-Quran

*Sebaiknya matlamat bulan Ramadhan memang dapat habiskan 30 juzuk. Itu yang paling baik. Tapi yang sebenarnya adalah, banyakkan baca al-Quran. Kalau bukan dalam bulan puasa 'macam terlupa' nak baca Quran, jadi dalam bulan puasa ni cuba ingat balik camne nak baca Quran balik. Kalau bukan dalam bulan puasa, baca Quran 1 ayat sehari, menjelang bulan puasa ni jadikan 1 muka pula. Kalau puasa tahun lepas dah dapat khatam 30 juzuk, tahun ni harap tambahkan 30 juzuk dan dapat ulang juzuk pertama. Begitulah..

*Jangan pula bila tengok kawan kita hari pertama puasa je dah dapat 2 juzuk, kita pun baca Quran macam bas express mungkin bas kesatuan @ transnational dan seumpamanya..huhu yang tak reti perlahan walaupun bila dah keluar bunyi warning 'Tit... Tit... Tit.." banyak kali. Baca Quran yang penting tajwid tu betul dan isinya dihayati, bukan nak tunjuk aku baca lebih laju sikit dari kau baca. Haa hambik kao..


3. Fadhilat Ramadhan

*Jangan gatal-gatal tangan fwd emel yang tulis fadhilat solat tarawikh yang bersandarkan hadis palsu atau hadis yang tersangat dhaif tarafnya. Macam: Barangsiapa yang bersolat tarawikh pada malam pertama, maka segala dosanya akan diampunkan umpama bayi yang baru dilahirkan.

4. Puasa

*Puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum di siang hari. Tapi hentikan segala perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah, cam mengumpat, cam usha perempuan, cam usha aku ker..huhu perasan benor..ngeh3.. cam saja lewatkan solat, cam buang masa cam buang sampah ker..eh x msk!! silap..hehe.. dan apa-apa saja yang tidak dianjurkan oleh Islam. Mcm biasala kan.. hidup ini mencabar..

*Jangan banyakkan tidur dalam bulan puasa. Penat memanglah penat, tapi Nabi saw dulu berperang dalam bulan puasa apa...

5. Berbuka

*Masa berpuasa, saat paling seronok sudah pasti masa berbuka. Tapi dalam seronok makan setelah seharian berpuasa, janganlah mebazir. Kadang-kadang dah ada ayam golek, beli lagi ayam percik.. Dah ada kuih koci, beli pulak karipap. Dah ada air sirap, ada pulak air bandung. Makanlah seadanya dan kalau beli makanan banyak-banyak dan tak habis pula, alamat pahala berbuka diganti dengan dosa membazir. Kalu yg perempuan g ke pasar lagila…nsb baik Allah bagi jari tu sepuluh.. ada hikmahnye tuh.. cube perhatikan.. semua jari mereka penuhla dgn beg2 plastik tuh..bila ditanye.. kawan pesan..mungkin itulah ayat selamat..padahal mencekik sendiri..huhu.. peringatan untuk diriku..hak3.

*Kalau tidak pernah berbuka di masjid, maka cuba-cubalah. Waktu tu lah kita akan rasa bersyukurnya jadi orang yang senang sikit dari orang lain. Sebab sambil menghadap juadah menunggu azan dan lihat saudara seMuslim lainnya, kita pasti dapat jumpa wajah saudara Muslim yang susah, barangkali Ramadhan sahajalah bulan untuk mereka cukup makan. Sekurang-kurangnya kita masih boleh beli makanan sendiri walaupun tidak mewah. Kalu kat ukm ni jawapan selamat ialah..jimat!!hehehe..syukur ya Allah!!

Mabruk ya Muslimin. Salam kemaafan untuk semua.. Sesungguhnya puasa adalah medan latihan terbaik untuk kita melawan hawa nafsu…

Jumaat, Ogos 7

KeHiDuPaN YaNg MeNcAbAr..

Gambar disebelah menunjukkan.. diri ini yg pemalu, lemah lembut dan ayu lg jelitawan.. versi xde kerje..hehehe..peace!!

Ku rasakan hari-hari yang berlalu.. semakin pantas meninggalkan kenangan semalam.. cepat betul masa berlalu.. pagi ke petang.. petang ke malam.. malam ke pagi.. (ulang 8 x) dan seterusnya.. bila ku lihat di kalender sudah 7 Ogos rupanya.. ini bermakna sudah sebulan diri ini bergelar pelajar.. mcam2 perkara yang ku lalui dalam hidup ini.. tawa.. riang.. canda.. sedih.. dan bermacam2 lagila.. sume ada.. biasalah.. hidup kan mencabar.. kdg2 ada kat atas.. kdg2 ada kat bawah.. tp byk yang "tawa, riang dan canda" 2 kot.. buat ape sedih2.. kan.. kan.. hehehe.

Bermula episod kehidupanku disini.. apabila tiba di UKM untuk mempelajari dalam bidang Usuluddin dan Falsafah.. memang mencabar sebenarnya subjek dalam bidang ni.. mana ada belajar yang senang kan.. semester ni je.. kalau boleh aku ingin sekali mencapai cgpa 4.00. Mg2 aku akan sampai ke tahap itu.. dan ini juga bt peniup semangat bg adik2ku nanti.. tp bukan itu sebenarnya matlamat yg paling utama.. semoga aku berjaya juga memahami, mendalami dan menghadamkan pelajaran yg ku pelajari untuk hari2 seterusnya.. banyak benda lagi yg ku x tahu.. semakin aku belajar.. semakin ku rasakan apalah yg ada pada diri ini.. berbanding dgn ilmu Allah yg luas itu.. Ya Allah jauhkanlah diriku dari sifat2 riya' dan semoga ilmu yg ku pelajari ini akan membawa manfaat pada diriku dan org lain.. aminn.. doakan aku ye.. hmm.. semester ni aku amik sebanyak 5 subjek:

1) Metodologi Kajian Tafsir dan Hadis Semasa
2) Metodologi Mutakallimin, Falasifah dan Sufiyyah

3) Kajian Agama-Agama

4) Seminar Tasawwuf Perbandingan
5) Masyarakat Muslim di Malaysia

Banyak juga assaignment yg diberi.. setakat ni kajian ku berkisar tentang "Gerakan Missionari Kristianisasi dalam Pendidikan dan Percetakan di Malaysia" Profesor memintaku supaya membuat kajian di gereja dan sekolah2 yang ditubuhkan oleh mereka .. soal selidik dan kalu boleh dapatkan bahan percetakan agama mereka.. amat mencabar juga kajian tentang ini.. semoga aku kuat berhadapan dgn mereka bg mencapai matlamat kajianku.. amin.. Assaignment tentang "Manhaj Salaf dan persoalan Akidah", telah ku bentang di kelas minggu lalu.. Kini assaignment lain pula yang akan menyusul.. dan dalam pembikinan.. hehe.. nak takhrij hadis, kajian tafsir tentang diturunkan al-Quran itu 7 huruf dan macam2 lagilah.. nak bt kena bt seminar tentang "Konsep al-fana' dalam ilmu tasawwuf dan perbandingannya dengan konsep nirvana dalam Buddisme", First sekali bila prof umumkan tajuk aku tuh.. adoyai.. buleh ke aku bt nih.. mcm ssh la pulak.. nak kene hubung kait lak dah.. i.allah.. aku boleh!! sekarang duk baca2 dulu buku2 yg ada.. nak wat seminar ni dalam bulan 9 nanti.. chaiyok2!!

Mmg banyak beza antara degree dan master nih.. dulu ms degree.. kita belajar byk menerima dari mencari.. sume nota dari lec.. tinggal nak ingat dan faham je.. pas2 exam.. tp kalau da peringkat master ni.. agak ssh juga.. semua bentang2.. n dapat kritikan.. semua rujukan lak bahasa Arab dan Inggeris.. di samping kene banyak membaca.. berkongsi idea.. mencari nota sendiri.. isu semasa terkini.. xdenye lec nak bagi nota bulat2.. ada gakla dalam kelas 2.. tp kene cari rujukan sendiri gak.. mmg otak kene kreative n kritisla kalu da sampai peringkat ni.. besanya lec suka mendengar pandangan dr kita.. dalam kelas pun kita yg banyak membentang.. lec hanya menilai.. memberi komentar dll.. apa yang menariknya, da 3 kali bagi tajuk tok wat kajian.. tapi mentah2 ditolak oleh prof.. dengan alasan tajuk terlalu umum.. so kecikkan.. bila kecikkan.. nak lg kecik.. mmg rujukan terhad n kene pandai cari sendirila... berkisar dgn soalan yg diberikan knp, sbb apa, bagaimana, dll.. akhirnya proposal yg keempat diterima.. dengan hujjah2 yang ku berikan.. mmg nak nangisla ms mula2 tuh.. bila da diterima kali ke4.. x jd nangis dah.. sbb dah okey.. ngeh3... apa yg penting semangat perlu kuat dan sikap keterbukaan perlu ada..

Apa yg ku lihat, ramai di kalangan siswazah master ini org yg telah bekerja.. cekal betul org ni.. anak da 3,4.. masih ada lagi semangat nak belajar.. time bile agknya dorg nak siapkan kerja2 yg diberikan oleh lec ek.. anak sakitlah.. kene anta g sekolahla.. bz betull.. tp mereka ini di kalangan yg hebat juga.. anak 4.. suami 1.. tp cgpa mantop!! hehe. aku yg duk kolej ni pun rasa berat.. tp sempat lak update blog ek.. hehehe.. 2la.. pesananku bt mereka yg dalam dilema.. bg lepasan degree.. nak kerja atau sambung belajar?.. baiklah kalian sambung belajar.. bukan lame sgt pun belaja ni.. paling cepat 3 sem da abes.. paling lama 4 sem.. kejap je korg!! aku rasa kalu da keje.. nak sambung balik.. mesti rasa malas dah pas2.. lagi2 da kawen lak.. ada anak.. hmm, mmg banyak t.jawabla.. terutama bg pempuanla.. lelaki nak smbg ms keje n dan kawen xde mslh.. bukan dorg pun nak jaga anak.. hahaha.. macamla aku dah kawen.. huhu.. berdasarkan pengalaman org2 lame.. dorg cakap kat aku cam2lah.. hehehehe.. cube korg bayangkan.. sekarang ni pun nak keje kat tadika paling kurg ada diploma.. tah2 nanti spm pun da x guna dah.. dunia semakin maju ke hadapan.. byk bakal2 intelek di sana sini.. dimana halatuju kita?Imam Syafie pun ada pesan kan

" Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatkanmu cemerlang di dunia dan akhirat, disamping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan org2 yg soleh"

semoga kita dalam kalangan org2 itu!! so.. xkan x nak kot? hehe.. mehla pakat sama2 kita mencari ilmu lg.. dunia dan akhirat.. cube kita tengok tokoh2 terdahulu seperti Imam Ghazali.. meninggal ketika umur 55 tahun.. tp byk menyumbang ilmu.. dgn kitab2nya.. sehingga kini menjadi rujukan kita.. dgn keadaan ms itu yg tidak mempunyai peralatan canggih seperti komputer.. dan mungkin juga beliau menulis karya2nya hanya dengan bertemankan lilin sahaja... kita hari ini telah mewah segala2nya.. cakap je lampu.. komputer.. peralatan menulis.. dll.. mmg xde masalahlah.. tp di mana nilai ilmu yg kita ada? ada usaha nak bt kitab? sapa lagi kalu bukan kita.. so, tanyela diri msg2.. sekadar hanya renungan mungkin.. hehe.. (dia da start ).. camne nak berenti nih.. hihihi..

Oh ye.. sebelum terlupa.. buat yg masih dalam dilema.. silalah buat keputusan dengan bijak.. dan tawaran buat yang masih mahu menyambung pelajaran peringkat Master, kini pada tahun 2009, kerajaan telah meyediakan biasiswa bg siswazah Master dan PHD.. untuk maklumat lanjut, sila layari www.mohe.gov.com. sume terma dan syarat da ada disitu.. sila baca.. jgn malas2.. hehe... sila klik pada pakej ransangan ekonomi kedua(bajet mini). Alhamdulillah kami semua kebanyakkannya mmg dapatla biasiswa tersebut.. yuran pengajian sepenuhnya di tanggung oleh pihak kerajaan.. tinggal malas dgn x je lagi nak belajo.. huhu.. Oh ye.. penulis sedang mencari2 tajuk untuk tesis bagi semester tiga nanti.. sape2 ada idea.. silalah kongsi ek.. berkisar tentang Usuluddin dan Falsafah... buat permata hati " ayahanda dan bonda" terima kasih diucapkan... kerana kalian.. diri ini sampai ke tahap ini.. doaku agar kalian panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat2 selalu.. doa kalian juga yg menjadi semangat untuk aku terus berjaya melalui hidup ini.. hehehe.. tq mak abah i luv u!! so much!!!muaaaahhhh... yea..yea.. minggu depan balik kg... check it out..

Isnin, Ogos 3

MaSiHkU iNgAt TiKa ItU..

Family day PERMATA.. tahniah buat BPP dgn kerjasama yg diberi.. akhirnya kita beroleh kemenangan..hehehe

Seminar Kerjaya dan Pra- Temuduga.. tahniah buat kita!! Hidup BPP..

register to da program CNI aaa... ramai gak yg g ari tuh.. terharu..

CNI : Career & Interview.. praktikal ketika menemui para penemuduga..

Mesyuarat Agung PERMATA .. hari yg ku tunggu2..

AMT & ALT PERMATA 07/08

proses menyiapkan.. untuk edaran dan dipasarkan..

Ok.. print satu-satu dulu..

Tunggu dakwat kering...

Finally.. inilah hasil kerja kami.. alhamdulillah.. siap gak.. da boleh di jual..

Mengimbau kenangan lalu, lagi seminggu da nak ke Jordan.. ape yg aku perlu bwk ek.. matlamatku cuma 1.. ingin mengecap kejayaan khas bt kedua permata hati "ayahanda & bonda" tercinta.. tibe2 dapat panggilan telefon dr kak fatimah singapore.. alang2 die call.. tanyela ape yg perlu dibawa.. masihku ingat kata2nya "kalu bwk laptop lg ok.. coz senang nak bt kerja dalam persatuan.. ". Tup.. da abes berborak.. aku pun memikirkan.. nak bwk laptop ke x?.. aku rasa macam mls nak pgg apa2 jawatan disana.. cukuplah bgku pengalaman di KUSZA dulu.. aku pun dgn confidentnye.. x bawak...

Last2 kat sana, namaku tercalon dalam pilihanraya mantiqah Mu'tah.. adoyai.. mintak2 kalah (ulang 2 x tau!!) hehehe.. n finally.. namaku tercalon gak menang dalam pilihanraya tersebut.. agak berat bgku sebenarnya.. apa yg aku pk.. mampukah aku? dgn kitab2 tebal yg perluku baca setiap hari.. bolehkah? beratnye.. mmg nak letak jawatan.. x nak ada ape2 komitmen.. pas2.. YDPAH Mu'tah amik peranannya.. dgn dalil2 yg diberi.. dgn hujah2 yg mantop.. kuar sume ayat quran n hadis nabi, aku x mampu mempertahankan hujah2ku.. huhu.. ada lg 1 masalah rupanya... aku ditempatkan dalam biro penerbitan dan penerangan (BPP) .. mmg memerlukan laptop sgt2.. kuang3.. dala x bwk laptop.. haa.. 2la.. padan muka aku.. dr awal niat 2 cam2.. kini diuji Allah lak.. ditaklifkan sbg tim. biro tuh.. mmg cabaran gakla bt diri ini..

Akhirnya, dgn semangat dr kawan2.. ahli bayt nailofar (amie, cheng2 n yaya).. aku meneruskan juga apa yg telah ditaklifkan padaku.. sebagaimana yg anda tahu.. diri ini adalah tergolong dari kalangan org yg pemalu.. hak3.. terpaksa menebalkan muka meminjam laptop dr ahli bayt.. untuk urusan persatuan ni lah... syukran bt kalian.. terutama bt si CHENG2.. laptopnya selalu jd mangsa.. dan oleh kerana dirinya adalah ajk biro bpp.. dgr ceritanya kini laptopnya tlh rosak.. betulkah? adakah sume itu salahku.. tp rosaknya laptop tersebut setelah aku balik ke m'sia.. harap2 bukan salahku.. sian cheng2.. hehehe

Dengan konflik yg berlaku dalam organisasiku.. dengan masalah kurangnya peralatan untuk menerbitkan majalah .. dengan dateline yg telah ditetapkan dalam taqwim.. semuanya aku perlu uruskan.. camne nih.. argh!! kdg2 tension gak.. x tido malam.. perkara biasa.. penasihat yg tegas dan mungkin sedikit cerewet.. huhu.. sori kepada yg berkenaan.. hehehe.. Akhirnya.. aku kembali bersemangat melakukan semua kerja itu.. dengan bantuan ajk dibawahku. Kami berjaya mengeluarkan sebanyak 7 buah majalah yang comel.. mendapat sambutan dari ahli2 PERMATA.. sambutan yang amat2 menggalakkan.. semua majalah kami berjaya dijual.. memang laris.. ala-ala goreng pisang gitu.. malah menerbitkan lagi buat cetakan kedua.. dan seterusnya.. mana x nye.. aku paksa dorg ni beli.. huhu.. dengan usahaku mengadakan 1 program yang agak besar.. "Seminar Kerjaya dan Pra-Temuduga" @ " CNI : Career & Interview". Macam2 slot juga diselitkan disitu.. seronok dan bangga dgn gerak kerja yg kami BPP jalankan.. dan mmg pada awalnya mengalami sedikit masalah.. Dan akhirnya... berjaya gak.. hehhe. Maka, dengan itu aku rasa terbalas semua hasil usahaku.. yg x dapat tido dengan lena pada malam2 sebelum tarikh dateline tersebut.... huhuhu

Setiap perkara yg Allah tentukan itu semua, ada hikmahnya.. alhamdulillah.. dgn taklifan yg diberi.. selama 1 penggal memegang jawatan sbg tim BPP.. banyak benda yg ku pelajari.. dari x tau guna Micosoft Office Publisher, nak terbitkan majalah, nak edit2, nak wat adobe, kini aku tahu camne nak kendalikan semua itu.. muamalah dgn org arab juga kerapku lakukan.. ini juga dapat meningkatkan mutu bahasa arab ku.. ape kata org.. gaya.. mutu.. keunggulan.. cam2la gamaknya.. huhu..yela.. nak potostat beratus2 helai.. print lagi.. mcm2la.. sampai ammu kedai 2 boring tgk aku.. asal g kedai die nak mintak 1 brg free.. sapa suh bg kan.. hehehe.. yang bestnya Arab ajk mkn nasi maklubahla.. tp x sempat nak g umah dia ri2.. ada hal.. hmm.. xpela.. belanja aku makan syawarma arabi..(sedapnya.. lama x makan). Kadang- kadang aku rasa PERMATA spttnya letakku sbg Ketua.. bukan Timbalan BPP kot.. hehehe.. Alhamdulillah.. setelah 2 semester memegang jawatan ini, aku makin berminat pula pada bidang penulisan.. I.allah 1 hari nanti aku akan menerbitkan pula sebuah buku hasil nurkilan dari diri ini.. time kasih sume.. time kasih YDP & YDPAH, time kasih sume x- AMT n ALT PERMATA 07/08.. time kasih bt x - ajk2 BPP yg bernaung dibawah kelolaanku.. time kasih x - ahli bayt nailofar.. time kasih byk2.. tidak dinafikan juga dengan berpesatuan ini.. aku dapat menambahbaik lg kemahiran dalam bidang tersebut.. Alhamdulillah.. syukur sgt2... disamping ilmu dari jamiah.. kini dalam kemahiran mengendalikan komputer jg dapat ku perolehi..hehehe. kira x rugila aku join persatuan nih=)..