Khamis, November 12

KeNaPa JaNgAN?



Hmm...entry kali ni..nak menulis sesuatu yg secara lazimnya, apabila dikata jangan..mmg benda 2 jugalah yg kite nak buat yer..aku juga tergolong dalam golongan itu..hehehe..kadang2..jarang2..(bukan selalu)hee..pasni jangan buat lg yer..

semoga ianya memberi manfaat buat diri ini dan pembaca yg lain..insyaAllah..



Jangan makan dan minum dalam 
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (susah) 

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

 


P/s:Jadikan Islam itu, sebagai inspirasi untuk kehidupan yg lebih sempurna..setiap yg Allah jadikan itu ada hikmah yg tersirat..bukan untuk menyusah2kan kite okey...dia menciptakan kita..justeru itu..sebagai Pencipta, sesungguhnya DIA pastilah lebih mengetahui apa yg DIA ciptakan..dan jgn lupe juga, kita baru berada di peringkat dunia, alam barzah?hari kiamat?belum tentu lg..kita da janjikan ms kita di rahim ibu juga..beriya2 mahu menjadi khalifah(sanggup hidup di dunia)x kan baru Allah nak uji siket, da x tentu arah..hidup hanya sementara..ada lagi alam yg kekal abadi..itu adalah janji Allah yg PASTI..so be da best muslim n muslimah!!=) Pesanan khas untuk diri sendiri yg seringkali terlupa dan terleka..Ya Allah ampunkan dosa2 yg telah lalu...ameen...