Isnin, Oktober 26

Nyawa Ibu @ Anak? : Perbandingan Agama..


Seorang ayah berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah dengan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beerapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju ke arahnya.

"Bagaimana keadaannya, doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaanya amat kritikal. Si ibu sudah tidak sedarkan diri." Jawab doktor itu.

"Jadi,bagaimana doktor..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan kedua-duanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi."

Lelaki tersebut kebingungan, dan tidak dapat berkata apa-apa...

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat membuat pilihan!"desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati,lelaki itupun berkata dengan nada sayu,"Doktor, saya sangat bingung... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah satu salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan di saat genting. Seorang doktor beragama Kristian/ Katolik, ia akan beruasaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor Muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, kedua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad. Mengapa ia boleh berlaku sedemikian?

Dalam agama Kristian, setiap manusia yang lahir membawa dosa, doktrin ini dikenali dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa . Untuk menebusnya, ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya menyelamatkan si anak,agar ia dapat lahir dengan selamat dan sihat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, dengan tujuan untuk menebus dosanya. Ini kerana dosanya belum sempat ditebus.

Dalam Islam, setiap manusia yang lahir dalam keadaan fitrah dan suci. Doktor Muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana ia tidak bimbang akan bayi yang masuk neraka. Dengan terselamatnya si ibu, Insya-Allah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapat ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat diselamatkan, biarlah ia kembali ke Penciptanya dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan ke dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang sesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki tadi tidak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini, ada banyak agama dan kepercayaa. Kita akan sering dihadapkan dengan pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kisah ini adalah salah satu daripadanya contohnya. Beruntunglah orang yang selalu diberi jalan untuk mencari ilmu yang bermanfaat, yang selalu dijadikan pedoman dalam mengambil keputusan dari sekian banyak pilihan yang ada.

TERUSKANLAH MENGKAJI ILMU-ILMU AGAMA, MUDAH-MUDAHAN PENGETAHUAN YANG KITA PEROLEH AKAN SEMAKIN MEMANTAPKAN KITA DALAM MEMUTUSKAN SUATU MASALAH, DAN SEMOGA AKAN LEBIH MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH S.W.T

Rabu, Oktober 21

SaNah HelWa!! HePpy BuFdaY!! SeLaMaT HaRi LahiR!!!!!!




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sanah Helwa!! & Selamat Hari lahir pd empunya diri..Hari ini 21 hb Oktober 2009, Makanya, semakin bertambah amanah. semakin bertambah tanggungjawab, semakin teringat perit jerihnya mak abah besarkan aku sehingga sekarang.TIME KASIH MAK ABAH!!LOVE U ALL!!Kini, genap umurku 24 tahun,alam remaja gitu!!hehehe..perasan!!..da boleh jd bini org dah..huhu..umur da banyak..so bile lak nak kawen nih..ada yg menanya..entah ler..doa2kan yer..kawan2ku pun semakin berlumba2 ke arah itu..thn depan berderet kad jemputan depa nuu..aku?x taula bile..lambat ke cepat ke..aku terima jela ketentuan dariNya..huhu..kalu cepat pun ok gak!!hihi..gatai!!hmm..today is my special day, its happen once in year..and i hope Allah bless for me!!ameen..

^_~ i was born to this world >> 21 Oktober 1985 >> 1.33 pm,
O_~ at : HUKL >> Hospital University Kuala Lumpur
^_~ i got my name : SITI AISHAH SUHAIMI..

Syukran kpd sahabat2 yg telah sudi wish and x lupa mendoakan diri ini..
TQ byk2 yer..

Muhasabah sempena 24 tahun hidup di dunia, buat diri ini..
Alhamdulillah hari ini ulang tahunku. Dalam kesempatan ini aku hanya ingin melakukan muhasabah dari usia yang telah Allah berikan kepadaku. Secara lahir memang usiaku bertambah, walhal dalam hidup dan mendekatkan diri kepada sang Khalik semakin berkurang, sementara dosa dan kesalahan yang aku lakukan dari hari ke hari juga semakin banyak. Maka tak ada yang mampu aku lakukan di hari lahirku ini selain mohon ampun dan berdoa kepada-Nya.

================================================

Doaku :

Ya Allah ya Tuhanku, puji dan syukur aku sampaikan kehadirat-Mu, atas segala nikmat dan rahmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku. Nikmat dan rahmat yang begitu banyak sehingga aku tidak mampu menghitung berapa jumlah dan harganya nikmat-Mu itu Ya Allah. Berikanlah dalam diri ini rasa bersyukur atas nikmat umur yang telah Engkau kurniakan padaku..

Ya Allah, dari usia dan umur yang telah Engkau berikan, begitu banyak dosa yang telah hamba-Mu lakukan,sehingga aku kadangkala melupakan-Mu ya Allah. Sering aku melalaikan perintah-Mu ya Allah kerana begitu asyik aku mengarungi kehidupan duniawi, hari ini, di hari Ulang Tahunku ini aku memohon ampunan-Mu ya Allah atas segala kelalaian dan kesalahan yang telah aku lakukan selama ini. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih tolong selamatkanlah aku dari kepedihan azab-Mu.

Ya Allah, wahai Tuhan yang menunjuki orang yang tersesat, pengasih terhadap orang yang berdosa, dan pemaaf bagi orang yang tergelincir pada kesalahan, Kasihanilah hamba-Mu ini, selamatkanlah aku dari segala bahaya kemaksiatan yang dapat menjerumuskanku ke dalam gejolak api neraka. Jadikanlah aku orang-orang yang sentiasa menyebut nama-Mu, mengingat keagungan-Mu, tidak pernah lupa akan segala kebesaran-Mu. Berilah kepadaku rezeki yang halal, yang baik-baik serta dapat memberikan ketenangan dalam kehidupanku dengan limpahan rahmat-Mu, Ya Maha Pengasih.

Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah umur panjang sehingga aku dapat melakukan ketaatan dan lebih bertaqarrub kepadaMu. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa ibu bapaku, dosa-dosa seluruh keluargaku, guru-guruku dan dosa seluruh orang telah berjasa kepadaku, dan dosa semua saudaraku baik yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia. Berikan petunjuk-Mu agar aku mampu membezakan yang haq dan yang batil. Berikan petunjuk untuk memilih jalan-Mu yang benar dan berikan pula kemampuan untuk menghindari jalan-jalan yang batil. Terimalah ya Allah segala amal ibadahku, dan perkenankanlah permohonan hamba-Mu ini, hanya kepada-Mu jualah ya Allah kami berserah diri. Amin.

==================================================

Namun dengan dipanjangkan usiaku bererti Allah masih memberikan kesempatan kepadaku untuk lebih banyak menggunakan usiaku untuk taat dan mendekatkan diri kepada-Nya. Doakan ye kawan-kawan mudah-mudahan dalam sisa umurku lebih dekat kepada-Nya, dan aku juga menjadi orang yang lebih bijaksana, dimudahkan rezekinya, dan dapat bermanfaat bagi orang lain. Ya Allah..panjangkanlah umurku..berilah aku kesihatan yang berpanjangan, murahkanlah rezekiku..percepatkanlah jodohku, semoga aku menjadi orang2 yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.. semoga aku menjadi anak yg solehah buat kedua ibubapaku..aminn..Ya Rabb..

Terima kasih ya Allah, atas rahmat dan kasih sayang Mu yang Kau limpahkan kepada kami sekeluarga..ku mohon pada mU , berkatilah segala rezeki yang telah Kau limpahkan pada kami..dan teguhkanlah ikatan hati kami , kukuhkanlah iman kami dan berikanlah kebaikkan kepada dunia dan akhirat kami.


Itulah sedikit madah hatiku di hari ulang tahunku ini. Terima Kasih..Semoga Allah memperkenankan doaku..ameen..^_~

Isnin, Oktober 19

Di MaNaKaH NiLai SeBuAH KeJaYaAN?



"..Jadual Final Exam Semester I, 2009.."

SELASA
3/11/2009
8.30-11.00am
"Metodologi Kajian Tafsir Dan Hadis Semasa"

RABU
4/11/2009
2.15-4.45pm
"Kajian Agama-agama"

KHAMIS
5/11/2009
8.30-10.30am
"Masyarakat Muslim Di Malaysia"

ISNIN
9/11/2009
8.30-10.30am
"Metodologi Mutakallimin, Falasifah dan Sufi"

SELASA
10/11/2009
8.30-11.00am
"Seminar Perbandingan Tasawuf"

Argh..da nak exam..
Mana kekuatan diri ini yg sudah hampir lenyap dan padam..
Bangunlah wahai diri..
Aku Boleh..Aku Boleh..Ya..Aku Boleh!!
Memandangkan lagi beberapa hari sahaja lagi diri ini akan menghadapi peperiksaan akhir di UKM, buat pertama kalinya menjawab final exam di sini..maka mungkin pengalaman dan situasi amat berbeza semasa mengambil degree dahulu.. ya..sudah pasti ianya berbeza..maka terfikirlah di akal yg telah dipinjamkan oleh diri ini.. secara hakikatnya, dimanakah nilai sebuah kejayaan yg berjaya dimiliki sehingga ke hari ini?..hmm..amat complicated nih...

Kita mula dari kecil...

masa kecik nak upsr 5A.
lepas UPSR nak PMR 9A,
lepas PMR nak SMA MUMTAZ,
lepas SMA nak SPM 10A1,
lepas SPM nak 4.0 di matrik, diploma @ tahap terbaik di STP ,
pastu masuk U nak CGPA deans list,
pastu kalu boleh nak belaja sampai tahap yg tinggi..paling kurang MA,pas2 PHD lak,
pas tamat blaja nak keje terus,
pas keje nak kawen, beli keta, umah dll,
pas ada smua nak ada anak pinak, nak anak membesar dgn elok,
pas anak besar ngan elok nak cucu lak,
pas ada cucu... wallahua'lamla...

Bila da agak remaja siket..terfikir pula...

bila mak dan abah dapat rasa duit aku bila aku dah kerja nanti, itu adalah satu kejayaan dunia bagi diri ini...

bila mak dan abah dapat menantu yang mereka idamkan, yang soleh, itu juga adalah satu kejayaan dunia..

bila mak dan abah pergi meninggalkan aku suatu hari nanti, dan aku sebagai anak tetap ingat dan sentiasa mendoakan mereka, itu adalah satu kejayaan bagi aku dan bagi mak dan abah..

sebab mak dan abah mendidik diri ini hingga jadi anak yang solehah, dan aku sebagai anak berusaha untuk jadi anak yang solehah.. insyaAllah kejayaan itu yang diri ini idam-idamkan...

Tapi..apa yg aku dapat..hanyalah kegagalan..lantaran diri ini mungkin masih tidak matang dan keanak-anakan..tiada apa yg dapat dibanggakan semasa zaman sekolahku..

Benarlah kata-kata yg mengatakan..

kejayaan akan lebih bernilai selepas mengalami kegagalan dan terjatuh tersungkur, dia mampu berdiri kembali. saat tu, nikmat kejayaan akan lebih terasa dan bermakna!itulah kejayaan yg sebenarnya !Sesungguhnya Allah tahu sejauh mana hmbaNya telah berusaha utk mencapai kejayaan..ini adalah kerana aku sendiri pernah melalui saat itu..alhamdulillah..hingga sekarang aku masih mampu berdiri sendiri..

Dan kini diri ini sudah dewasa dan mula terfikir...
Berteraskan pengalaman-pengalaman masa lalu..

Semasa kecil, aku lihat keluargaku,
Aku ingin mengubahnya kepada kehidupan yang lebih sempurna,

Bila aku masuk alam persekolahan, aku lihat kampungku,
Aku ingin mengubahnya supaya mempunyai banyak prasarana,

Bila aku masuk alam remaja, aku lihat masyarakatku,
Aku ingin mengubahnya supaya kembali kepada ajaran agama,

Bila aku berada di menara gading, aku lihat kawan-kawanku,
Aku ingin mengubahnya supaya membuat sesuatu kerana Allah semata-mata.

Bila aku berada di alam dewasa, aku lihat dunia,
Aku ingin mengubahnya supaya aman sentosa

Tapi, aku sedar,
Untuk mencapai semua matlamatku,
aku harus cemerlang dan mempunyai kedudukan yang baik,
kemudian,
barulah aku dapat mengubah keluargaku, kampungku, masyarakatku, kawan-kawanku dan dunia.

Tp..
di sebalik rentetan kejayaan yang dikecapi itu hanyalah bersifat sementara..maka ada yg tersirat sebuah matlamat yg lebih penting untuk dicapai iaitu kejayaan yg sebenar2nya dan hakiki..iaitu.. mencapai kejayaan menjadi org2 yg soleh yg mengambil bahagian dalam kehidupan di dunia tetapi tidak melupakan kehidupan abadi di negeri akhirat..seperti firman Allah dalam surah al-Qasas:77 yg bermaksud " Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadaMu (kebahagiaan) kampung akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kejayaan/kenikmatan) duniawi"..

P/s: Janganlah kamu berbangga dengan kejayaan yang dimiliki sehingga hari ini, semua kejayaan2 ini hanyalah bersifat sementara..kajayaan yg hakiki adalah di negeri yg kekal abadi iaitu "di negeri akhirat".YA ALLAH, MASUKKANLAH KAMI DARI GOLONGAN YG MEMILIKI KEDUA2 "KEJAYAAN" ITU (dunia & akhirat)..ameeen...

Kepada kawan2..doakanlah agar diri ini dipermudahkan di hari peperiksaan nanti yer..
Sebagai muhasabah untuk diri ini..
Anda pula bagaimana?

Isnin, Oktober 12

Kesibukan Yang Tiada Berpenghujung...


























Ya Allah..berikan kesihatan dan umur yang panjang buat diri ini, permudahkanlah setiap urusanku..ameen..rasa2 mcm nak demam..tp harap2 vaksin dlm diri ini mampu bertahan lg..minta2 begitulah..hehe..byk kije woo pasni..nak bentang kertas keje..bt seminar..perbandingan tasawuf lak tuh..final lg..mcm2 bendalah..ape2 pun..aku kene teruskan jugak!!da nak sampai akhir dah..sikett je lagi..go..go..go..chaiyok!!

This week mcm2 benda yg aku kene settlekan..huh!!penat jugak..minggu pertama x yah citerla kesibukannya tuh..sanak saudara mmg da penuh dihalaman rumahku..ini adalah kerana mmg rumahku itu sememangnye best!!hehe..xdelah..umahku bersebelahan dengann umah arwah nenek so, mmg jd tempat tumpuanla kalau adik beradek abah seramai 14 org tuh nak lepak pun..cam2lah..Diikuti pula raya pertama dan kedua mmg khas untuk penduduk kg taliair 8 mengadakan "baraan".so diwaktu itu mmg teramatla sibuk..bila mlm menjelma ada lak aktiviti lain dibuat..anak2 bujang termasuk bapak2 dorg sekali main mercun yg best umah x jauh sgt dgn laut..so pemandangan tuh..teramatlah cantik..kdg2 acara mlm ini bukan dianggotai oleh anak2 bujang n bapak2 dorg shj..kami yg anak2 dara n anak2 dara zaman dahulu purba (kire mak2 ktorang ler, merangkap isteri bapak2 yg main mercun td tuh) pun join sekaki gak..heheh..best beb!!raya ketiga rumahku dipenuhi oleh anak2 murid mak n abah pulak..dr ketiga sampaila akhir mmg cam2.adatla kalu raya kan..kdg2 x cukup kaki tangan dibuatnya..mmg tiap2 hari masak menu yg berlainanla..tiap hari mmg habes..suke tgk org makan, pas2 abes..rasa mcm 1 kepuasan lak..terima kasih kepada tetamu2ku yg hadir..doakan kami 1 keluarga dimurahkan rezeki dan ditambahkan iman dalam hati2 kami..amin..

Minggu kedua raya ada famili day di Hulu Langat.. Yg ni pun best gak..jumpe balik dorg2 yg minggu lepas nuu..xpelah..hehehe..km yg anak2 dara ni urus bhgn permainan, yg bujang2 lak duk wat barbi-Q. Ape yg x bestnye..hanya 4 famili besar jer yg menyertai famili day nih..yg lain ada urusan yg x dapt diselesaikan dgn segera.. 2 yg wat 1 hari jer.. Walaupun begitu ttp meriah.. Dengan adanye ahli pom-pom man.. hehehe..Acara2 yg diadakan amatla best..kami membahagikan 4 kumpulan besar, yg terdiri didalamnya kanak2, remaja, bujang2, n yg sudah berkahwin, yg da tua2 pun msk dlm kategori ni sekalilah..mcm2 aksi n gelagat mereka..gelak, tawa..senyum..berguling2 aku melihatnye..huhu..pakcik2 ku yg da tua2 tuh..kene lari2 itik buh sudu dalam mulut..yg mengandungi buah pingpong..pas2 pas lak kat bini die..huhu..kelaka tol..penat gelak jer..byk lg acara lain..nak citer..kang panjang benor..cukupla tuh..tp mmg dorg ni spoting habes..yg sebelum ini kelihatannya seperti pemalu..tp da join..da tau..xla pemalu sgt pun..huhu..memandangkan kat dalam umah x muat untuk menampung bala tentera yb ramai itu..maka 4 buah khemah telah didirikan oleh budak2 pembakar ayam tadi..x cukup dgn itu..keesokan harinya pula kami berehlah pula di air terjun sg congkak.seronok sgt..I.allah tahun depan famili day mega akan kami laksanakan..tahun ini hanya 1 hari sahaja berlangsung..x mcm thn sebelumnya 3 hari dan pengisian2 yg menarik turut diisi dlm acara tersebut..xpe2..nanti i buat kertas keje yer..ape yg penting hadafnya adalah untuk menyatukan dan mengeratkan lagi tali persaudaraan kita semua dan lebih mengenali antara satu sama lain..kepada ahli keluarga baru..welcome to our family..

Minggu seterusnya berkonvoi secara berjemaah pula ke Chini, Pahang..ini adalah kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupuku disana..xpe2..korg kawenla dulu..x lame lg diri ini akan menyusul..tungggguuu..hehehe.
then, diikuti lak minggu ketika baru2 nih..melayan karenah adik lelakiku itu..yg kini hanya beberapa hari sahaja lagi terbang mencari ilmu di Jordan..tempat pengajianku suatu ketika dahulu..waaa...nak ikut gak!!semoga urusan beliau dipermudahkan di sana..ameen.. memang bz sgt dirumah, dimana hari sabtu ada lak 'baraan'majlis guru besar..ni geng2 abahla nih..diikuti pula keesokan harinya 'baraan' guru2 sekolah mak pulak..mmg xde masa untuk ku bersenang-lenang..bergoyang-kaki dan apatah lagi untuk senaman aerobik..hak3..waktu malamla keje packing barang2 adikku itu..

Hmm..agaknye mmg Allah nak uji kami sekeluarga kot..sian kat abah, ayam peliharaan kesayangannya dicuri org..7 ekor 2..x berhati perut sungguh pencuri2 tu tau..dala bwk plastik.nak curik2 curik jela x payahla tinggalkan plstik yg dorng nak angkut ayam2 hasil curian dorang nih..hangin tol aku..cam hampehla dorg nih.. da nama pun pencuri..tp mmg kaya gakla pencuri 2..yg dicuri ayam kampung, sekor 3 kg..kat pasar kalu 1 kg jer dah rm 9.30..kalila pulak dgn yg byk2 ekor tuh yer..kaye beb..kaye...mmg dh diniatkan ayam2 tersebut untuk dibt rendang dan sedikit kenduri sempena keberangkatan adikku di Jordan..tp ape leh bt..mungkin rezeki tok pencurik tu kot..sabar ye abah!!da abes cerita pasal ayam..

Ni al-kisah en tv pulak..time ni gak die nak rosak..tp nasib baik ade en LCD..lehla smbgkan wayar2 tersebut makanya di rumah aku itu..kelihatannya seperti panggung sabtula yer..tgk kat skrin yg besar tuh..

Pulak tuh..time pg2 lagi aku da bising..sape nak basuh bju sila letak baju di hadapan bilik masing2!!!semua kelam-kabut mengambil baju masing2..kalu x..alamatnye basuh sendirilah baju2 tersebut yer..baju yg pertama kebiasaannya pakaian mesjid en bapakla..bj die mmg kene asing dgn ktorg..yela pakaian nak wat solat..kenela terjamin kebersihannya...aku pun cam besa memasukkan baju2 beliau tersebut..masuk2 jer..mesin x jalan..adoi..ape hal lak nih..bunyi semacam..then mcm bau hangit..adoyai..tamatla sudah riwayat sang mesin ini..so baju yg berbakul2 td2terpaksa lak aku bsh menggunakan tanganku..huhu..basuh kene basuh wooo...nsb baik pengering x rosak..alhamdulillah..

Itulah ceritanya, disaat kita memerlukan sesuatu mungkin Allah tarik sedikit nikmat tersebut..agar apabila diuji begitu kita sentiasa beringat padaNya..syukur ya Allah..Kau berikanlah limpahan rezeki kepada famili kami..agar barang2 yg rosak tersebut dapat dibeli dengan segera..hehehe..ameen..sian en bapak..duk garu2 kepala bila aku menyatakan pada beliau bahawa mesin basuh rosak..sambil tersenyum,dengan releknye beliau berkata "xpe.. rezeki Allah tu ada jer.."inilah yg harusku contohi..katanye lagi.."duit2 byk2 nak bt ape"..huhu..haru2..

Setelah tiba hari ahad, aku kembali ke UKM,mengenang kembali kisah2ku dirumah..alahai..sian mak aku kene urus umah tangga sorang2..hik3..aku merenung kertas yg tertulis final exam untuk sem ni..bederat tuuu...yg mana bermula awal bulan 11 ini..doakan aku ye kawan2..hehehe

Begitulah al-kisahnye..byk yg nak dinukilkan disini..idea mmg sedang mencurah2..ni pun curi2 ms jer duk update blog..tah bile sempat nak mengupdate lg..mg diberi kesempatan bt diriku..