Selasa, September 29

Raya Pertama!!!






Salam Lebaran.. Salam Aidilfitri.. dan Salam Kemaafan buat semua..

Rasanye agak lewat juga posting kali ni.. da 1 week raya br sempat hari ni, br sempat mengedit gambar.. maklumlah kesibukan berhari raya dengan kehadiran tetamu2 dirumah, kdg2 x menang tangan gak di buatnye.. huhu.. balik ukm br sempat mengadap laptop.. nsb baik assignment da submit sebelum raya.. mmg raya sakanla aku.. hehehe..

Raya kali ni mmg meriah sgt2.. time nila adik beradik berkumpul.. sanak-saudara yg lame x bersua muka.. x mcm thn lepas.. merasa gak aku balik beraya di malaysia.. tp.. balik dari jordan.. then raya pertama da demam.. so kemeriahannye x dirasai sgtla.. berbanding tahun nih.. heheh

Apela yg best sgt raye ni ek.. wuih..best woo.. da besar2 cam gini pun abah ngan mak still bg duit raya.. pakcik makcik pun bg gak.. nsb baik aku x keje lg.. krg aku lak nak kene bg duit kat adik2 n sepupu yg ramai2 tuh.. fuh..lega beb!!hehe..

Tp.. 2la.. mlm raya br terhegeh2 nak pasang langsirlah.. bt kueh yg mana sempat.. nak iron bj raya.. jerit sana.. jerit sini.. lame2 penat br masuk tido.. dan mcm2 lglah.. hi3. 2la kemeriahan yg amat2 dirasai.. malam raya, kami duk bz urus umah.. abah duk ngadap kitab.. prepare nak baca khutbah pd pg raya esoknye.. sian beliau.. x sempat khatam kitab 2 aku rase.. mcm br bc 2 m/s je.. tibe2 diam.. rupe2nye tertido.. pas2 bile kejut.. kotla nak sambung balik ke ape.. trs msk bilik ttp lampu.. trs tidola tuh.. sian beliau.. td da penat wat rendang kot.. potong daging n ayam jer da berapa kilo.. kdg2 cam nak bt kenduri je kat umah aku tuh..hehe

Hmm.. hajat hati nak menulis lg.. tp dpt call lak nih.. ade keje yg menanti.. so next postla citer psl raya lg ek.. byk benda nak citer nih.. xpe2.. raya kan sebulan.. Oh ya.. da msk 1 minggu beraya, puasa 6 jgn lupe!! k..bubbye...

Muntahar al Zaidi: Mengapa Saya Melemparkan Kasut Kepada Bush

Khamis, 24/09/2009 20:30


Muntahar Al-Zeidi, wartawan Irak yang melemparkan kasut kearah George W. Bush,dibebaskan dari penjara minggu lepas. Al-Zeidi dihukum tiga tahun penjara namun hukuman itu kemudian dikurangi menjadi satu tahun. Banyak yang ingin tahu apakah motif serangannya terhadap Bush yang kemudian menjadi titik sejarah itu. Berikut laporan dari guardian.

Sekarang saya sudah bebas. Tapi negara saya masih menjadi tawanan perang. Telah banyak orang berbincang mengenai tindakan saya, tentang keberanian dan kepahlawanan, simbol dan tindakan simbolik.
Tapi, sederhana saja, bagi saya:

apa yang memaksa saya untuk bertindak seperti itu adalah ketidakadilan yang menimpa rakyat saya, dan bagaimana para penjajah amerika memalukan tanah air saya dengan menginjak-injaknya.
Selama beberapa tahun terakhir, lebih dari satu juta orang telah mati oleh peluru penjajah dan Irak sekarang dipenuhi lebih dari lima juta anak-anak yatim, jutaan janda dan ratusan ribu orang cacat. Banyak jutaan orang yang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar negeri.
Kami pernah menjadi suatu bangsa di mana orang Turki, Kurdi, Asiria, Sabean dan Yazid berbagi roti setiap harinya. Kami berkongsi rasa lapar di bawah blokade/sanksi selama lebih dari satu dekad. Kesabaran dan solidariti kami tidak membuat kami lupa kepada penindasan amerika ( sebelum mereka menjajah). Kini penjajahan mencerai-beraikan kami, saudara dari saudara, tetangga dari tetangga. Menghambat kami dari rumah ke khemah-khemah pelarian dan tempat kematian.

Saya bukanlah pejuang, tapi saya mempunyai pendirian dan sikap. Memalukan sekali melihat negara saya begitu dihina, Baghdad dibakar, dan rakyat kami dibunuh. Ribuan peristiwa yang begitu tragis bersarang di kepala saya, ini mendorong saya untuk melakukan konfrontasi.
Skandal di Penjara Abu Ghraib. serangan keatas Fallujah, Najaf, Haditha, Sadr, Basra, Diyala, Mosul, Tal Afar, dan setiap inci tanah kami yang terluka. Saya berjalan di atas tanah yang terbakar dan melihat dengan mata kepala sendiri penderitaan mangsa, mendengar dengan telinga saya sendiri jeritan anak-anak yatim dan mereka yang bersedih. Yang lebih parah adalah perasaan malu yang teramat dan menghantui saya kerana saya tak mampu berbuat apa-apa.

Setelah menyelesaikan tugas kewartawanan dalam melaporkan kejadian harian, sementara saya membersihkan sisa-sisa runtuhan rumah-rumah rakyat Irak, atau darah yang terkena pakaian, saya selalu merapatkan gigi dan berjanji akan membalas dendam terhadap mangsa dan korban di Iraq.

Kesempatan itu datang, dan saya menerimanya.

Saya mengambilnya dari kesetiaan kepada setiap titisan darah yang menitik dari mangsa mangsa yang tidak bersalah, dari setiap jeritan ibu yang berduka, dan dari jeritan anak-anak yatim piatu, kepiluan dan kesedihan oleh mangsa perrkosaan.

Saya berkata kepada orang-orang yang mencela saya, apakah anda tahu berapa banyak rumah yang sudah ibinasakan ? Berapa kali kah kasut-kasut mereka telah menginjak darah mangsa yang tidak bersalah? Mungkin kasut adalah jawaban yang paling tepat ketika semua nilai itu dilanggar.
Ketika saya melemparkan kasut kearah George Bush, saya menyampaikan penafian terhadap pembohongannya dengan penjajahan terhadap negara saya, berterusan mencuri kekayaan negara saya, menghancur infrastrukturnya, dan yang lebih perit, mengusir anak-anak lelaki kami, -ramai yang hilang sehingga sekarang.

Saya mohon maaf, jika saya menyalah gunakan tugas kewartawan ini. Apa yang saya lakukan hanyalah luahan perasaan dan hati nurani seorang warganegara yang melihat tanah airnya dinodai setiap hari. Kewartawanan ditangisi di bawah naungan penjajahan yang tidak boleh bersuara lebih dari suara patriotisme.

Dan jika patriotisme boleh berbicara, maka kewartawanan/ profesionalisma harus bersama dengannya.

Saya tidak melakukannya supaya nama saya masuk terpapar dalam sejarah atau untuk keuntungan kebendaan. Yang saya inginkan hanyalah untuk membela negara saya. (guardian)

http://www.eramusli m.com/