Jumaat, Ogos 28

Ramadhan Kareem..



Umat Islam di Malaysia dan negara lainnya dah pun mula berpuasa. Salam Ramadhan buat semua. Tahniah kepada semua yang telah berusaha menyambut Ramadhan kali ini dengan memastikan diri masing-masing bersiap sedia menyambutnya. Da masuk hari ke 7 berpuasa nih.. ape yg aku dapat heh? Koreksi diri!! Hmm.. teringat ketika usiaku masih kecil lagi..aku sudah diajar berpuasa..hari pertama da x larat..lepas Asar mintak izin pada mak “Mak bukak pose tau..da nak mati sangat nih”.. Beliau gelak jer.. pas2 x bagi aku buka pose lak tuh.. hehehe.. Kalu di ingat2 balik..buek malu den jo.. Okehla.. dalam kesempatan bulan puasa kali ni, barangkali elok untuk kita lihat dan tinjau kembali beberapa amalan- amalan yang sering @ memang kebiasaannya yang kita lakukan apabila menjelang Ramadhan ini.

1. Solat Tarawikh

*Harap-harap tidak ada lagi yang bergaduh persoalan tarawikh mesti 8 atau 20. Kalau ada lagi yang bergaduh, memang patut diluku kepala mereka kerana mereka masih tak reti bezakan persoalan khilaf dan dasar. Sedangkan nak buat solat tarawikh sekadar 2 rakaat pun boleh, nak buat 20 rakaat pun tak mengapa. Kalau tidak buat pun tidak berdosa. Yang penting, jaga solat wajib 5x sehari tu sentiasa. Okeh2..kalu nak tau perbahasan lebih lanjut lagi mengenai 8 @ 20 rakaat leh tgk web nih: http://al-fanshuri.blogspot.com
“ Hmm..malu beb makcik sebolah 2 da tua pun masih larat buat 20 rakaat..x kan aku buat 8 jer..”

*Jangan pilih surau atau masjid atas alasan: Huish... nape kau tak gitau surau tu pukul 8:57 dah habis 20 rakaat... Tempat aku 8 rakaat, 9:30 baru abes..

*Jangan pilih surau atau masjid atas alasan: Woit, moreh tempat kau makan apa? Tempat aku dah 3 hari biskut merie jer... huhu

2. Tadarus al-Quran

*Sebaiknya matlamat bulan Ramadhan memang dapat habiskan 30 juzuk. Itu yang paling baik. Tapi yang sebenarnya adalah, banyakkan baca al-Quran. Kalau bukan dalam bulan puasa 'macam terlupa' nak baca Quran, jadi dalam bulan puasa ni cuba ingat balik camne nak baca Quran balik. Kalau bukan dalam bulan puasa, baca Quran 1 ayat sehari, menjelang bulan puasa ni jadikan 1 muka pula. Kalau puasa tahun lepas dah dapat khatam 30 juzuk, tahun ni harap tambahkan 30 juzuk dan dapat ulang juzuk pertama. Begitulah..

*Jangan pula bila tengok kawan kita hari pertama puasa je dah dapat 2 juzuk, kita pun baca Quran macam bas express mungkin bas kesatuan @ transnational dan seumpamanya..huhu yang tak reti perlahan walaupun bila dah keluar bunyi warning 'Tit... Tit... Tit.." banyak kali. Baca Quran yang penting tajwid tu betul dan isinya dihayati, bukan nak tunjuk aku baca lebih laju sikit dari kau baca. Haa hambik kao..


3. Fadhilat Ramadhan

*Jangan gatal-gatal tangan fwd emel yang tulis fadhilat solat tarawikh yang bersandarkan hadis palsu atau hadis yang tersangat dhaif tarafnya. Macam: Barangsiapa yang bersolat tarawikh pada malam pertama, maka segala dosanya akan diampunkan umpama bayi yang baru dilahirkan.

4. Puasa

*Puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum di siang hari. Tapi hentikan segala perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah, cam mengumpat, cam usha perempuan, cam usha aku ker..huhu perasan benor..ngeh3.. cam saja lewatkan solat, cam buang masa cam buang sampah ker..eh x msk!! silap..hehe.. dan apa-apa saja yang tidak dianjurkan oleh Islam. Mcm biasala kan.. hidup ini mencabar..

*Jangan banyakkan tidur dalam bulan puasa. Penat memanglah penat, tapi Nabi saw dulu berperang dalam bulan puasa apa...

5. Berbuka

*Masa berpuasa, saat paling seronok sudah pasti masa berbuka. Tapi dalam seronok makan setelah seharian berpuasa, janganlah mebazir. Kadang-kadang dah ada ayam golek, beli lagi ayam percik.. Dah ada kuih koci, beli pulak karipap. Dah ada air sirap, ada pulak air bandung. Makanlah seadanya dan kalau beli makanan banyak-banyak dan tak habis pula, alamat pahala berbuka diganti dengan dosa membazir. Kalu yg perempuan g ke pasar lagila…nsb baik Allah bagi jari tu sepuluh.. ada hikmahnye tuh.. cube perhatikan.. semua jari mereka penuhla dgn beg2 plastik tuh..bila ditanye.. kawan pesan..mungkin itulah ayat selamat..padahal mencekik sendiri..huhu.. peringatan untuk diriku..hak3.

*Kalau tidak pernah berbuka di masjid, maka cuba-cubalah. Waktu tu lah kita akan rasa bersyukurnya jadi orang yang senang sikit dari orang lain. Sebab sambil menghadap juadah menunggu azan dan lihat saudara seMuslim lainnya, kita pasti dapat jumpa wajah saudara Muslim yang susah, barangkali Ramadhan sahajalah bulan untuk mereka cukup makan. Sekurang-kurangnya kita masih boleh beli makanan sendiri walaupun tidak mewah. Kalu kat ukm ni jawapan selamat ialah..jimat!!hehehe..syukur ya Allah!!

Mabruk ya Muslimin. Salam kemaafan untuk semua.. Sesungguhnya puasa adalah medan latihan terbaik untuk kita melawan hawa nafsu…