Rabu, Februari 3

Re-Union..ALL X- KUSZA 2003-2006

Jom sama-sama memeriahkan program ni..kumpul duit dari sekarang..kalu yg da berkahwin 2..jgn lupe bwk sekali..jgn g sorg2 lak..hehehe


"Silaturrahim Kita"

Agak lama menyepi..kini diri ini kembali lagi..Mungkin kerana dek kesibukan dan tuntutan tugas yg telah diberikan..membuatkan diri ini..agak kekurangan masa dalam dunia blog ini..asignment2..proposal yg perlu dihantar..dan mcm2 lg..kini berlegar2 di benak fikiran ini..terasa kin, perjalanan masa yang begitu pantas berlalu..alhamdulillah dikurniakan nikmat kesihatan, umur yg sebaik mungkin aknku manfaatkan dan nikmat iman yg dianugerahkan Allah untuk ku..harapanku, mg2 imanku semakin hari menginjak usia..semakin 'matang'..dan 'bertambah' dgn benih2 keislaman yg ku perolehi dr hasil didikan kedua org tuaku..amin...

Hmm..teringat diri ini..tentang sahabat2 lama..yg kadang2 menjengah di fikiran..apalah yg kalian lakukan ketika ini yer?he3..tiga tahun di bumi kusza..menuntut ilmu bersama2..susah..payah..kita sama2 harungi..aduhai..indahnya saat itu..tp..kini ia telah pun berlalu..msg2 punya kehidupan tersendiri..tahun ini juga bakal menyaksikan sahabat2ku ini bakal menjadi isteri @ suami..aduhai..hmm..walau apapun..untuk kalian semua, diri ini mendoakan agar kalian dipermudahkan segala urusan..da semoga berbahagia dunia dan akhirat hendaknya..amin..jgnla diri ini dilupakan..do contact me ok!!=)

 
sahabat pertama yg mula2 bergelar suami..Mohd Faizol..mabruk ya ustaz!!mg2 kalian bahagia dunia dan akhirat..serta dikurniakan zuriat soleh dan solehah..amin..Beliau seorang yg pendiam..agak warak..waktu dlm kelas..sy x berani jg untuk berurusan dgn beliau..kerana kewarakkannya..he3..

ok, giliran kedua pula, 'Sakinatul Raadiyah'..rasanya da betul menyebutnya ni..he3..tahniah ye kinah..di sebalik keayuan dlm kelembutan..kini menyandang gelaran isteri..mg2 menjadi isteri yg solehah..da menjadi contoh kepada kwn2 yg bakal berkahwin x lama lg..hehehe..i berkenan sgt kalu ada apa2 tugasan dgn die ni..kemas je..perfect!!kire2 untungla suami die nih!!hee

 
Akan mengikut jejak langkah Faizol n Kinah..K.emy (Emylia Suzyla)..tarikh x dapat di pastikan lg..tp yg penting da x lame dah ni..mg2 urusan akk dipermudahkanla yer..hehe..seorang yg ceria..byk bercakap..x lekang dr senyuman..tp dlm kelas diam..pemalu kot..huhu..


 Seterusnya..br sj bergelar tunangan org..manis orgnya..empunya diri (Siti Norazyla)..Beliau juga merupakan seorang pendidik..kdg2 tegas jg orgnya..komited dlm persatuan..kire2 byk membantu dalam urusan PERSADAla dulu ni..tahniah kepada anda..he3..didoakan agar kalian berbahagia dan dipermudahkan segala urusan hendaknya..


Haa..yg ni Nurul Huda..sebenarnya i agak kompius..zyla @ huda kawen dulu?mane2lakan..yg penting kawen..hu3.. orgnya kecil..kecik2 da nak kawen..x paham..agak pendiam..kalu da kenal..x reti duk diam dah..he3..keje dia dr bulan 1 ari tu..duk membilang hari je..bilala agaknya bulan 5 nih..itulah..mg2 urusanmu dipermudahkan sahabatku!!he3

  

Seterusnya..Singapore mari..he3..diberi nama Aminah..bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan 5..kalu x silapla..hmm..orgnya pandai..dlm kelas byk musyarakah dgn lec..kalu sp2 x paham leh trs suh dia ajar..rajin gak die ni ajar kiteorang..tq mimin!!!



Hmm..yg ni x lain x bukan..empunya diri bernama 'Afrah'..berlaku kekompiusan juga..x pasti lagi nak kawen bulan 5 ke 6 ke 12. tp yg penting tahun ni gak!!hu3..sabar kak afrah yer..i.allah sampaila msnya nanti tuh...oh ye..yg duduk orgnye..yg berdiri tu adik die..jgn tersalah lak..he3.hmm..orgnya kecil, suka gelak, agak pemalu, pendiam..tp kalu da kenal..mls nak citer ar..tanye dia..he3..


Yg cantik manis..lg jelitawan ni..bernama 'Nur Assyura'..duk kat kelas..byk cakap gak die ni..suke gelak..x ikhlas sgt..sbb nanti tudung die x jadi..pening gak kdg2 die nih..da x lame gak dah ni..tgh mengumpul harta katanya..hehehe..i paling suke die ni tang kat mata die..kdg2 kaler biru..hijau..he2..peace!!i like!!!!


Yg ni bernama Nurazwani..kalu x salah ejela..selalu panggil wani jer..he3..baik orgnya..pemurah..selalu gak belanja kawan2 die ni..best kawan dgn die..dgr2 citer x lame juga die ni..xpe2..i doakan u yer..he3..rindu sgt kat die ni..


cik irah!!he2..Nama sebenar 'Shahirah'..ceh3..konon2 cunla gambar tuh..hehehe..comei..mmg comei..hm, bakal menamatkan zaman bujangnye x lame lg..tarikh x dpt dipastikan lg..x thn ni..i.allah thn depan..kan?hee..orgnya bising2 juga..byk pengalaman ttg persatuan..ape2 hal tanyela dia..mesti leh jwb nyer..pernah menyandang jawatan YDPAH PERSADA..hehe..hebat tuuu!!!

 

syikin, wani, myra, noha n sakinah..msg2 punya 'peel' sendiri..he3..sakinah pun da bahagia bersama suami tersyg..i.allah..jgn lupe lak sahabat2 kat sini yer..syikin, n myra yg sampai kini..x tahula dimana?rindulah!!

Siti Salwa..bakal isteri..bakal ibu kepada anak2nya..he3..bile yer awa?bila ditanya katanya 2 tahun lg..tahla..ape2 kami tunggu jela..apa yg terbaik bt dirinya, juga terbaik untuk kami..hee..nakal..lasak..ramah, mudah beri kerjasama dan mcm2 takrifan leh bg kat die ni..keje nak nyakat org je..hu3..tp bestla kwn dgn die..hidup awa!!


Mek Nol..'Ainul Faridah'..juga telah menyandang gelaran tunangan org..bakal mendirikan mahligai rmh tangganya..x lama lg..i.allah..hmm..makcik ira yg sebelah tu..sibuk gak nak bergambar..mcm2..orgnya..sgt komited dgn tugasan..org kuat persatuan..byk memberi idea2 bernas dll.. agak sukar untuk bertemu beliau..memandangkan beliau adalah org yg amat sibuk di malaysia..hehehe

  

Hehehe..nak buh gak!! x tahan..bakal juga..tp entah bila..doakan yer kawan2..hik3


Nik, En fahmi, Faizol, Azrul, K.afrah, Aishah, K.Emy, Zyla, Huda, Awa, Syura, Sakinah, Mek Nol K.Ti, Myra, Syikin, Wani, Noha..


  

Tinggal Kenangan..

Masing2 punya 'peel' sendiri..itulah yg menguatkan silaturrahim kita..semga semuanya dirahmati Allah..Ameen...

Sabtu, Januari 9

Master @ Kerja..



Ramai yg nak sambung belajar di peringkat master selepas tamat ijazah muda..tapi ramai juga yang was-was, takut, gerun…macam2 lagi perasaan yang datang bila sebut tentang nak sambung master…simple methode to elaborate an issue>> who?what?why?when?how?..mungkin persolan2 ini juga, secara x langsung dapat merungkai @ menjawab segala persoalan yg bermain di lubuk hati bg mereka yg berada di dalam dalam dilema..sambung belajar @ trs bekerja. 

WHO?
Q : Siapakah insan-insan yang takut ini?
A : kurang mengkaji n meneliti tentang life orang yang sambung belajar diperingkat master. Sentiasa buat anggapan sendiri dan melihat kepada istilah MASTER, seolah-olah tinggi sangat n rasa diri tak layak or tak mampu pikul tugas sebagai student master. Mula-mula dulu nak sambung dulu, rasa cuak juga..tapi da masuk sem 2 di sini..alhamdulillah..ok je..mane ada benda yg senang di dunia ni..melainkan untuk mencapainya ,dgn berusaha bersungguh2..minda lebih terbuka dalam membahas satu2 isu semasa...

WHAT?
Q : Apa yang ditakutkan, digerunkan..? Apa itu ’master’ sebenarnya?
A: Takut silibus susah, takut nak buat tesis, takut dengan ’dunia’ yang dicipta sendiri tanpa kita sedar. Master hanyalah satu peringkat dalam study..anggaplah ia ’an upgrade process’ teruatama buat sahabat-sahabat yang belajar di luar negara (khusus utk sahabat di Jordan). Isu n suasana belajar yang berbeza antara malaysia n Jordan menyedarkan pada saya betapa pentingnya student luar negara ambil tau tentang isu-isu semasa dalam negara. Setakat tau apa yang berlaku belum cukup utk kita, tapi bila kita faham, +- dengan apa yang kita dah belajar, maka kita akan rasa betapa seronoknya kita sambung belajar. Kita lebih memahami dan dapat memberi respon kepada sesetengah isu di negara sendiri, berbanding sekadar ambil tau n kemudian beralih ke lain. Ketika diminta membentangkan kertas kerja juga kita akan dikritik, ditanya@ disoal sehingga ke akar umbi..seboleh mungkin prof mahu kita menguasai tajuk2 yg telah diberi..ketika ini jugalah minda kita diasah untuk berfikir lebih jauh, mendalam..dan tahap mana kritisnya idea yg kita lontarkan..Untuk pengetahuan semua, apa yang dikatakan BA, MA dan PHD..adalah perkara yg berbeza..BA: just general knowledge..MA: mastery knowledge..PHD: mastery knowledge and solve problem..begitulah gambarannya..

WHY?
Q : Kenapa perlu sambung master?
A : Macam yang dah disebut sebelum ni.....Pada pandangan saya, amatlah patut sahabat-sahabat disana sambung belajar diperingkat master. Kita akan diketengahkan dengan isu-isu yang lebih besar n mendalam. Daripada tak tau, kita jadi tau malah boleh respon kepada sesetengah isu yang dibincangkan. Saya sendiri berasa kagum (bukan pada diri sendiri) pada sahabat-sahabat yang sama-sama dalam kuliah, bilamana membincangkan sesuatu perkara, kita akan dapat lihat perbezaan pandangan yang diutarakan secara kritis dan matang. Mungkin pada peringkat awal kita akan rasa sedikit takut (itu yg ana rasa bila tengok silibus student master) tapi lama-lama perasaan tu akan hilang bila kita mula faham. Pensyarah ada untuk jelaskan isu, student amat2 digalakkan bagi pendapat, kuliah lebih santai sbb sume org dewasa/bekerja/berkahwin/ada anak dsb..exam lebih kepada kbkk, kdg2 isu yang dibincang secara santai time kuliah pn boleh keluar exam..Antara isu yang menarik perhatian saya adalah tentang Metod pengajaran/pengajian Usuluddin, perlu diubah atau kekal pada tradisi?Bagi adik2 yg masih lagi muda2 lg 2..amat2la di galakkan menyambung terus di peringkat master ini..takut2 kalau da kerja lagi niat nak menyambung 2..mungkin agak sukar..yelah da pgg duit..bile nak menyambung da jadi agak sukar untuk belajar kembali...

WHEN?
Q : Bila nak sambung master?
A : Lepas abis B.A, sumber kewangan yang kukuh (dalam RM3500-RM5000). Boleh mohon bantuan KPT under bajet mini (KPT tanggung yuran pengajian master n Ph.D). boleh buka website Kementerian Pengajian Tinggi (www.mohe.gov.my) > information and service (bahagian atas) > scholarship & study loan > No. 1 – perkara last tentang Pembiayaan Untuk Pengajian Ijazah Lanjutan

HOW?
Q : Nak apply?
A : Pergi ke website universiti yang anda minat. Permohonan boleh dibuat online, tapi still ada beberapa perkara yang perlu dihantar ke universiti dalam tempoh yang ditetapkan. If ada apa2 nak tanya, sahabat n sahabiah antum semua ada kat universiti2 disini n bsedia untuk membantu. Setakat yang ana tau (UKM – sy  sendiri, khadijah aini, intan norfarhana, mutawalli. UM – syafawati , farhana, azhar, fahmie. UIA – siti salma)

Persoalan : kerja @ belajar @ kerja sambil belajar?
Kalau kerja..xde ilmu..susah jugak..lambat skit naik gaji.naik pangkat..kepuasan diri tak meningkat
Kalau belajar..xde kerja..susah gak..sekarang ni semua pakai duit..tp kalo belajar bidang kritikal..insyaallah xde masalah.tp sekarang pun kpt ada juga menyumbang..
Kerja sambil belajar..boleh tahan susahnya..tp susah mula2 je..sekurang2nya tak ambil risiko besar sangat sebab dah dpt elaun setiap bulan..mana nak dapat peluang mcm ni lagi..bergantung kepada diri sendiri nak lepaskan peluang atau rebut peluang...dan terpulang juga kepada kemampuan diri masing-masing..

Secara pribadi, sy syorkan..bg mereka yg di dalam dilema..baiklah anda sambung sahaja pengajian ke peringkat ini..Sekarang ini, zaman semakin maju..dari skop bidang pekerjaan sahaja..BA terlalulah ramai..untuk jadi pensyarah pun sekarang ni memerlukan PHD..tidak mustahil juga 1 hari nanti peringkat MA ini pula yg berlambak2..dan ketika itu..yg memegang sijil PHD amat2 diperlukan..Bukanlah segenggam sijil itu yg kita dambakan..tetapi apa yg lebih penting ilmu yg kita dapat..lebih bernilai..dan menjadi terlalu mahal jika dapat hadamkan dan sebati dalam diri kita..Kalau tidak kita mulakan siapa lagi?Diharap coretan yang ringkas ini dapat melegakan hati n menambah keyakinan pada sahabat-sahabat yang bercadang nak sambung belajar. Ada lagi yg tak faham? Boleh tanya lepas2 ni, takde masalah..Allahu yusahhil ’alaikum jami’an!.Dipetik dr artikel :Ust Syafawati Salehan...sy just mengedit2 apa yg kurg.berdasarkan pengalaman sendiri dan untuk maklum lebih jelas kpd para pembaca...

Khamis, Januari 7

Alahai Si Comel...


aksi2 kucing yg mencurigakan..huh!!

Hmm..minggu lepas dapat call dari adik perempuanku yg mengatakan seekor lg kucing kami mati..adoi..dala comel..xpela..kecil lagi..ape kata org..kalu jalan 2..masih terkedek2 lg..cam2la..tp...comel...hmm..xpe2..da ajal die nak wat camne..

So jumaat lepas ada kesempatan bgku untuk pulang ke rumah memandangkan kuliah masih baru bermula..kerja pun..xla banyak sangat...so balikla kan..then smpai di rumah, kulihat..kucing2 peliharaan kami ,beramai2 lepak di halaman rumah..aik..pelik..np lak dorg ni, x msk umah..ooo..rupanya dua ekor dr mereka ni mengalami penyakit cirit birit..so duk luar jela..x payah ngada2 nak masuk..huhu..

Kdg2 sian gak..x taula nak bg ubat pe dah..da bg minum air zam-zam..air gamat..cam2 gak lg..adikku membuat sedikit research tentang penyakit mereka..n last sekali ubatnya adalah berjumpa dr haiwan..huhu..kt sekinchan xde pun..so kami cube ikhtiar cara kampung@tradisional jela...bg minyak..sana-sini..dan kini alhamdulillah penyakit mereka tu da kurang...huh!!lega siket...aku rasa dorg ni tah makan ape benda tah kot..yela..2 ekor je yg kene penyakit tersebut..yg lain ok je..ktorg da bg makanan yg terbaik tau..lg mahal mknn mereka dr kami..huhu..dah 2 lak..kalu nak makan ikan..nak ikan kembung je..ikan lain xnak..mengada2 betul tau..dorg x tau ke ikan kegemaran dorg 2 mahal?adoi!!!

Yg 2, satu kisah..ni kisah lain lak...adik aku duk cakap sorg2..pening kami dibuatnya..ape hal lak budak ni..siap jerit2 lagi..last2..die panggil aku.."kak, cube ko try cakap ngan comot n bulat ni..aku cakap die bt derk je..tanye nak makan ke x pun..diam je..kola lak try.."..hmm..aku pulak..n da last sekali..aku cakap kat die.."aku da tau ssb apa comot n bulat x nak cakap..sbbnye..comotkan kucing parsi..yang bulat lak..kucing siam..die x paham ko cakap melayula tu..ko tau x..dorg ni telah mengalami krisis identiti.."hahaha..kami sama-sama gelak..so adik aku mengambil keputusan untuk cube berbahasa dgn budak yg dua ekor tuh...huhuhu..

Di sebelah petangnya pulak..besala..abah balik masjid..pas asar..mesti ada je benda yg dibeli..kueh2 ke..burger ker...km pun dukla kat halaman umah tu.. minum petang org putih kata..haa..cam2la..hehehe..pas2..kucing2 ni pun sibuk jugak..ada yg mengendeng nak makan jugak..tp bt x tau jela..tibe2 adikku cakap "kak, ko tgk eh..aku buh siket kueh donat..n siket burger depan comot..tgk aaa die nak mkn yg mana satu.." dgn rakusnya..si comot mengambil keputusan untuk memilih donat..habis lak 2..yg burger lgsg die x sentuh..lantas aku berkata.."aku da agak dah..die pilih donat punya..sbb die kan dr parsi..mane ada kueh2 tradisional kita kat sana..tu..burger tu..xdanya die nak makan..myb da bosan agaknya..hahahaha...gelak lagi...tibe2 abah lak mencelah.."nasib baik abah x beli pizza, kalu x mesti x abes.."..huhuhu..cam2la di suatu petang yg ceria!!hmm..kdg2 penat gak melayan kucing2 ni..tp 2la..dr bosan x wat pe..layan dorg ni terhibur gak...hehehe

Khamis, November 26

RaiKan BeRSaMa..


merasa dodol yg telah siap dibuat..betul ke tu?hehehe


tetamu berkunjung tiba..meriah betul..

Hari ni..adalah hari yg amat sibuk sekali..walaubagaimana sibuk sekali pun..sempat juga mengupdate blog..hehe..alhamdulillah dgn kudrat yg telah diberi, kami sekeluarga berpuasa pada hari ini..mg2 ibadat kami diterima..amin..esok da nak raya, tentunya hari ini kami akn diberi tugas oleh mak n abah sama seperti tahun lepas..dari pagi, mengemas dapur..sementara menunggu abah balik dr pasar membeli barang2 keperluan..sampai sj kereta abah, tugas telah menanti.."sila bawa barang2 yg telah dibeli td, amik dalam kereta ye"..menerima arahan..barang2 tersebut telah siap sedia berada di dapur...

Kebiasaannya, rumah kami mmg tempat kumpulnya adik-beradik abah..x kurang juga adik-beradik mak...so kami selaku tuan rumah, perlu bersiap sedia..huhu.da mcm nak g perang lak yer..hehe..okey, setelah semuanya selesai..diri ini mampu menarik nafas lega..pertarungan dengan linangan air mata, maklumlah..mengerjakan (mengupas) bawang merah 1 talam, bawang besar lagi..lengkuas, halia, serai, cili merah..huhu..lebih kurang cam nak wat kenduri gakla..siap gak akhirnya...untuk memasak lak..menu yg mmg x boleh x, kene masak gak..permintaan yg tinggi..iaitu..rendang kerang, sedap!!hehe..di samping itu, kami juga membuat rebus nasi himpit, rendang ayam, masak lodeh, sambal tahun (makanan org jawa)..uii sedap gak yg nih..nak rasa jemputla bertandang di rumah yer..

Dalam pada kami sibuk2 meguruskan rumahtangga tu..tetamu x putus berkunjung tiba..abah kini menyandang 1 jawatan penting juga iaitu..kadi..menikahkan org..huhu..so org yg datang 2, x lain x bukan hanyalah berurusan berkaitan dgn hal2 perkahwinanla..ehem2..anak dara dorg ni tah bile agaknye yer..huhu..kwn2 pun ramai gak yg bertanyakan bagaimanakah untuk mengisi borg kahwin?..aku hanya mampu menggelengkan kepala..dan menyatakan x tau..sila tanye en kadi..i x kawen lg..wawawa..walaupun abah, kadi...borang kawen pun aku x tau bagaimana rupa bentuknya..huhu..nasibla korg..hehehehe..

Hmm..selepas zuhor pula, dtg seseorang bertanyakan abah..lantas diri ini menjawab "beliau x balik lg, g masjid td solat zuhor"..org itu..meninggalkan pesan n senaskah text khutbah raya untuk esk..sahla
abah lg yg kene berkhutbah untuk esok di masjid..bz betul beliau!!huhu..balik saja abah dari masjid..aku mengkhabarkan kepadanya..lalu..time 2 gak beliau mengasingkan diri dari kami yg kecoh di dapur...untuk berlatih untuk membaca khutbah keesokan harinya..hehe..kadang2 kami yg penat i dapur, bergilir2 meninjau abah yg di luar..hmm..kejap je rupanya berlatih..da tertidur..huhu..abah..abah..letih agaknya...

Raya pertama, ada 2 org yg mahu memerlukan khidmat abah untuk bernikah..raya kedua dan seterusnya..huh!!ramai..maklumlah, sekarang cuti sekolah..mm..raya ketiga nenek wat kenduri di rumahnya..makanya abah x dapat ikut serta..so hanya aku, mak n adikku sajalah yg akn pergi..mungkin abah akan pergi di sebelah malamnya pula..Ops..hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi, waktu berbuka..ok..sempena hari raya yg bakal menjelang esok..diri ini ingin memohon kemaafan, mungkin ketelanjuran kata-kata atau perbuatan dan sebagainya..harap2 dimaafkanlah yer..Selamat Hari Raya Aidiladha...semoga kita sama-sama beroleh rahmat Allah swt...

Sabtu, November 21

UJiAN ALLAH...



 Abah dan mak tesayang.. & en abah yg sempoi..


Balik dari Pahang..keesokkan harinya, aku sudah tidak mampu bagun lagi..ku rasakan kepalaku terasa amat berat sekali..suhu badan juga meningkat..selsema dan batuk silih berganti..hmm..demam ke aku?aku terpinga2..lalu merasa dahiku..owh..panas ni..sahla demam ni..so aku meneruskan niat suciku untuk menyambung tidur lagi selepas subuh..hehe..myb dek kerana kepenatanku yg memandu pergi dan pulang dr pahang, xmasuk lagi tangisan sehinga hampir kering air mata, x cukup rehat lagi..myb 2 semua faktor besar yg menyumbang kepada terjejasnya kesihatan diriku..xpela..telah lama Allah megurniakan nikmat sihat kepadaku..mungkin dgn ujian yg sedikit ini dapat membuatkanku dekat dengannya...amin..mudah2an begitu...

Kepala punyala pening, sehinggakan mak dan abah g kerja pun aku x perasaan..bangun je dr tido, kulihat sudah pukul 9 pg..da lewat ni..aku melihat hp..ada 3 msg..msg 1 yg ku terima dr mak yg mengatakan abah exciden..wawawa..lantas aku mengejutkan adikku..dan kami berdua terpaku di situ..dgn harapan abah x da ape2..msg seterusnya berbunyi " abah exsiden depan umah u.sulaiman, keretanya teruk dilanggar dari belakang tapi abah xde ape2, org yg melanggar itu pula masuk dalam parit..mereka juga tidak cedera, sekarang polis sdh sampai di lokasi tersebut..syukur abah selamat.. " mengucap panjang diri ini melihat sms itu..alhamdulillah dan syukur abah x ape2..tp dalam ms yg sama aku menangis sekali lg..entah kenapa, jiwa ini amat mudah tersentuh..abah beb!!sp x syg..hehehe

Aku cube call abah, x dapat..dimanakah beliau ketika itu?mungkin sibuk dgn hal keretanya..xpela..ape2 pun yg penting abah x de ape2..x lama kemudian ada kereta muncul di halaman rumah.." abah ada balik x?acik ada nampak kereta dia exsiden depan tu.." laluku menjawab.." x taula acik, myb die ke balai polis kot..sy call die pun x angkat2 ni.."..selang beberapa minit kemudian, abah dgn selumbernye balik bawak kete sorong sambil mengangkat barang2 yg diambil dari dalam keretanya td, lalu diletakkan di atas meja..kami x putus2 mengucap syukur..abah masih sihat seperti biasa..alhamdulillah..

Setelah aku lihat abah tenang, sambil dirinya duduk di ruang tamu..aku mula bertanya kisah yg sebenar..menurut cerita abah, kereta yang melanggarnya itu yg salah, kerana abah
sudah berada dijalan yg betul..ini adalah beliau telah lama memberi isyarat untuk msk ke lorong rumah kami yg berada di kiri jalan..beliau berada di tgh2 lorong jalan dimana lorong khas untuk mereka yg mahu masuk ke lorong kanan/kiri jalan..ok..anda dpt bygkan x?sila fokus okeh..heee..tibe2..datang dari belakang, sebuah kereta yg teramatla laju..abah nak mengelak mmg x sempat, kiri ada trelar dan kanan ada kereta pula..mahu x mahu abah hanya bertawakkal sahaja dgn memegang streng kuat2..menekan brek kaki..beliau mmg tahu keretanya itu akan di rempuh..hanya itu yg mampu dirinya lakukan pada ketika itu..oleh kerana brek yg ditekan oleh abah kuat, abah terseret juga beberapa meter ke hadapan..di samping itu, kereta yg melanggar itu merempuh kereta abah itu terpelanting dan msk parit di sebelah kiri.(mungkin cengkaman tayar disebabkan abah brek kaki dgn kuat)..kereta yg melanggar masuk ke dalam parit yg dalam..berikutan hujan yg turun dengan lebat sejak akhir2 ini..mereka diselamatkan oleh org ramai..dan hanya mengalami luka2 dan kejang kaki..alhamdulillah semua itu kekuasaan Allah..kesemua pemandu dan penumpang kedua2 belah kenderaan selamat..dan hanya mengalami luka2 kecil..rata2 org yg meliat kejadian itu, mengatakan..jika dilihat pada kereta dan cara perlanggaran yg dahsyat itu..mmg kemalangan jiwa akan berlaku..dan mungkin jugaakan melibatkan nyawa..namun ap yg berlaku sebaliknya, alhamdulillah..syukur sgt2..

Akibat dr kemalangan yg berlaku, kini abah mengalami sedikit fobia..ku ingatkan dirinya da x boleh memandu..dan mungkin diri ini akan menghantarnya ke sekolah tiap2 hari..sangkaanku meleset..kini abah sudah mula risau jika aku yg memandu...kalu boleh jika ku ingin ke mana2 biarlah dirinya yg memandu..huhu..kire terbalikla pulak kan..itulah abah..dia amat risau dgn anak gadisnya ini..terharu sgt2..huhu..padahal da jauh aku penah bawak sampai pahang..hehhe..abah..abah..dia amat takut jika peristiwa yg menimpa dirinya itu terkena pada diriku..itulah kerisauan seorang abah terhadap anaknya...hehehe..syukran buat abah..semoga Allah melindungi dirimu dan memanjangkan umurmu...amin...kami sayang abah=)

Khamis, November 19

Yg PeRgI TeTaP AkaN PeRgi, MeNaNtI JuGa BiLaKaH TiBa MaSa KiTa PuLa....


iqah..anak mak ngah yg bongsu

Hmm..bermulanya cuti semester..berlegar2 dibenak fikiranku..apela nak bt cuti ni ek..mcm2 plan dah dalam kepada nih..abes exam ari selasa 10 hb..mlsla nak balik, kat umah x de sapepun..mak abah keje, adik kat asrama..tinggalla aku sorg2 kat umah..hmm..boring..so aku mengambil keputusan untuk stay je di kolej kesayanganku itu...mcm2 benda aku leh bt..huhu..

So, menjelang hari Jumaat, barulah terkedek2 aku naik tren, g pudu then baru sampai sekinchan lebey kurg kol 5 ptg..alhamdulillah..sampai jugak aku...hehehe..abah n mak da rancang ari sabtu nak menghantar makcik2 n pakcik2 beliau di Kelana Jaya, bg memenuhi tuntutan ibadah haji..tp g lepas zuhor, sbb mak ada program di sekolah...aku pun akur la...then tiba pada waktu yg dirancang..abah dapat call..kakak beliau tenat n telah dibawa di wat ICU..so kami pun cancellah planning nak g Kelana Jaya tuh..abah n adik-beradiknya telah berpakat untuk terus pergi ke Pahang..dalam pukul 3 jugalah mereka ni bertolak ke sana dan berkonvoi 3 kereta..km? tinggal di rumah jela..

Pukul 7 ptg, abah call kami, dengan mengkhabarkan berita mengenai mak ngah yg mmg sakit tenat..doktor mengatakan jantungnya sudah rosak dan tidak berfungsi lagi, dan hanya diberi tempoh paling lama hayat mak ngah hanya 3 hari sahaja..pada mulanya, dorg ni nak balik terus, tp memandangkan keadaan mak ngah yg tenat..mereka memutuskan untuk stay di situ sahaja....talian diputuskan..azan maghrib berkumandang..kami yg menerima call itu terpinga2..mak ngah x punya penyakit sebelum ini dan pada fikiran aku..myb mak ngah cume sakit yg ringan2 sahaja..agak terkejut..tp itulah ketentuan yg Allah tentukan untuknya..

7.30 mlm, abah menghantar sms spy kami sume membacakan yasin n solat hajat..dan pukul 8, abah call lagi..mereka baru sahaja selesai membuat solat hajat dan bacaan yasin..keadaan mak ngah semakin kritikal di mana, jarum denyutan nadi yg berada di sisinya semakin lama semakin menurun..air yasin yg telah dibacakan td telah disapukan dimuka mak ngah..dan mak ngah masih dalam keadaan koma lagi..talian ditamatkan...

Tepat pukul 10, abah call lagi..kali ini berita yg dikhabarkan ialah mak ngah sudah tiada lagi..Innalillahiwainnailaihiraajiuun...dan pada waktu itu, jenazahnya akan segera diuruskan oleh pihak hospital untuk dihantar ke rumahnya...abah mengarahkan  kami b'siap2 untuk terus ke pahang..kami,berpakat sepupu2 dan mak masing2 berkumpul di tol gombak...(abah masing2 da sampai ke sana pada pukul 3 ptg td)..kami merancang memulakan perjalanan seawal 3 pagi..ini kerana ada diantara kami yg baru pulang dari tempat kerja dan punya hal2 yg perlu diselesaikan..tepat pukul 3 pagi, semua sudah berada di tol gombak, dan kami teruskan lagi perjalanan..

Pada pukul 6 pagi, kami solat subuh di Bentong, dan setelah selesai kami meneruskan lagi perjalanan..kami sampai ke rumah mak ngah pukul 7.30pagi..dari jauh ku lihat sanak sedara kami sudah ramai sana,  tidak kurang dari itu..ku dengar juga tangisan sayup-sayup kedengaran..sebak rasa hatiku.ku gagahi juga diri ini melangkah masuk dan melihat jenazah..tanpa disedari jatuh juga air mata ini..lantas mengambil senaskah yasin dan ku sedekahkan pada arwah mak ngah..ku lihat wajahnya jenih dan tenag sahaja..dan doaku mudah-mudahan dirinya tenang dan bahagia di samping org2 yg beriman di alam yg baru..amin ya Rabb..

Seusai itu, kami meminta izin dari penduduk kampung, untuk menguruskan jenazah arwah di bawah kendalian famili..padaku, itu adalah cara yg sebaik2nya..abah mengarahkan agar semua anak-anak mak ngah yang seramai 8 org itu memandikan jenazah ibu mereka..sementara itu, berbekalkan ilmu yg sedikit ini, aku menguruskan kain kafan dan inilah juga waktunya untuk aku mempraktikkan ilmu yg ku belajar pada satu ketika dahulu..alhamdulillah..semua peralatan, kapas, serbuk cendana, kapur barus, air mawar sudah disediakan oleh penduduk kg di situ..Setelah menyelesaikan ikatan disisi jenazah..ikatan terakhir iaitu di bahagian kepala dibiark an terbuka..ini kerana ingin memberi laluan kepada sesiapa yg mahu menatap jenazah buat kali terakhir..Sebak dadaku melihat anak2 mak ngah,adik-beradiknya dan seluruh sanak saudara mencium wajah arwah buat terakhir-kali..ku lihat juga, iqah..anak bongsu mak ngah yg masih belum berkahwin dan amat manja dgnnya, begitu payah dan sukar untuk menahan air mata yg mengalir..untuk mencium ibunya buat kali yang terakhir..teresak-esak dia menyudahkan air matanya..agr tidak menitik di wajah jenazah ibunya..sedih kami yang melihatnya..dengan pujukan dari ibuku, da sedikit kata-kata perangsang dari pakcik-pakciknya, dia kuatkan juga dirinya itu, yg hampir lemah disisi ibunya..lama dia di situ..maka,tatkala itu..air mata yg melihat juga berlumba-lumba mengalir laju..di samping itu, kami juga masih menunggu kehadiran pak long sekeluarga dari johor yg masih dalam perjalanan..Setibanya pak long sekeluarga, situasi masih juga sama, suram..pak long yang dari jauh kulihat cuba untuk menahan air matanya..tetapi..apabila melihat adik-beradik dan sanak saudara yg tidak putus2..membaca yasin..membuatkan dirinya kehilangan seorang adik..jatuh juga air mata lelakinya pada saat itu..kami lihat..mereka adik-beradik berpelukan sesama sendiri..sambil bergenang air mata..kehadiran pak long, yg baru tiba itu, mengumpulkan adik beradik dan seluruh keluarga membaca yasin dan sedikit tahlil sekali lagi..dalam hatiku..erat sungguh ikatan ukhwah yg di pertontonkan kepadaku tika itu..konsep kasih-sayang yg terbina pada keluarga ini..membuatkanku berasa bertuah dilahirkan dalam keluarga ini..moga2 roh mak ngah tenang di dunia baru..

Setelah selesai semuanya, jenazah selamat ditanam di sebelah kubur suaminya..pak long sekali lagi bertindak mengumpulkan semua sanak saudara untuk memberi sedikit tazkirah..pak long juga mengingatkan kepada anak-anak mak ngah yg seramai 8 org itu, supaya merapatkan ukhwah sesama mereka, tidak perlu adanya pergaduhan atas sebab hal-hal yg kecil dan sebagainya..ini juga adalah manfaat bg kami yg mendengar..tepat pukul 3 kami semua beransur pulang ke rumah masing2..
(Mak Ngah meninggal pada pukul 10 malam, Sabtu, 14/11/2009) semoga rohnya dicucuri rahmat..

Khamis, November 12

KeNaPa JaNgAN?



Hmm...entry kali ni..nak menulis sesuatu yg secara lazimnya, apabila dikata jangan..mmg benda 2 jugalah yg kite nak buat yer..aku juga tergolong dalam golongan itu..hehehe..kadang2..jarang2..(bukan selalu)hee..pasni jangan buat lg yer..

semoga ianya memberi manfaat buat diri ini dan pembaca yg lain..insyaAllah..



Jangan makan dan minum dalam 
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (susah) 

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

 


P/s:Jadikan Islam itu, sebagai inspirasi untuk kehidupan yg lebih sempurna..setiap yg Allah jadikan itu ada hikmah yg tersirat..bukan untuk menyusah2kan kite okey...dia menciptakan kita..justeru itu..sebagai Pencipta, sesungguhnya DIA pastilah lebih mengetahui apa yg DIA ciptakan..dan jgn lupe juga, kita baru berada di peringkat dunia, alam barzah?hari kiamat?belum tentu lg..kita da janjikan ms kita di rahim ibu juga..beriya2 mahu menjadi khalifah(sanggup hidup di dunia)x kan baru Allah nak uji siket, da x tentu arah..hidup hanya sementara..ada lagi alam yg kekal abadi..itu adalah janji Allah yg PASTI..so be da best muslim n muslimah!!=) Pesanan khas untuk diri sendiri yg seringkali terlupa dan terleka..Ya Allah ampunkan dosa2 yg telah lalu...ameen...