Sabtu, Januari 9

Master @ Kerja..



Ramai yg nak sambung belajar di peringkat master selepas tamat ijazah muda..tapi ramai juga yang was-was, takut, gerun…macam2 lagi perasaan yang datang bila sebut tentang nak sambung master…simple methode to elaborate an issue>> who?what?why?when?how?..mungkin persolan2 ini juga, secara x langsung dapat merungkai @ menjawab segala persoalan yg bermain di lubuk hati bg mereka yg berada di dalam dalam dilema..sambung belajar @ trs bekerja. 

WHO?
Q : Siapakah insan-insan yang takut ini?
A : kurang mengkaji n meneliti tentang life orang yang sambung belajar diperingkat master. Sentiasa buat anggapan sendiri dan melihat kepada istilah MASTER, seolah-olah tinggi sangat n rasa diri tak layak or tak mampu pikul tugas sebagai student master. Mula-mula dulu nak sambung dulu, rasa cuak juga..tapi da masuk sem 2 di sini..alhamdulillah..ok je..mane ada benda yg senang di dunia ni..melainkan untuk mencapainya ,dgn berusaha bersungguh2..minda lebih terbuka dalam membahas satu2 isu semasa...

WHAT?
Q : Apa yang ditakutkan, digerunkan..? Apa itu ’master’ sebenarnya?
A: Takut silibus susah, takut nak buat tesis, takut dengan ’dunia’ yang dicipta sendiri tanpa kita sedar. Master hanyalah satu peringkat dalam study..anggaplah ia ’an upgrade process’ teruatama buat sahabat-sahabat yang belajar di luar negara (khusus utk sahabat di Jordan). Isu n suasana belajar yang berbeza antara malaysia n Jordan menyedarkan pada saya betapa pentingnya student luar negara ambil tau tentang isu-isu semasa dalam negara. Setakat tau apa yang berlaku belum cukup utk kita, tapi bila kita faham, +- dengan apa yang kita dah belajar, maka kita akan rasa betapa seronoknya kita sambung belajar. Kita lebih memahami dan dapat memberi respon kepada sesetengah isu di negara sendiri, berbanding sekadar ambil tau n kemudian beralih ke lain. Ketika diminta membentangkan kertas kerja juga kita akan dikritik, ditanya@ disoal sehingga ke akar umbi..seboleh mungkin prof mahu kita menguasai tajuk2 yg telah diberi..ketika ini jugalah minda kita diasah untuk berfikir lebih jauh, mendalam..dan tahap mana kritisnya idea yg kita lontarkan..Untuk pengetahuan semua, apa yang dikatakan BA, MA dan PHD..adalah perkara yg berbeza..BA: just general knowledge..MA: mastery knowledge..PHD: mastery knowledge and solve problem..begitulah gambarannya..

WHY?
Q : Kenapa perlu sambung master?
A : Macam yang dah disebut sebelum ni.....Pada pandangan saya, amatlah patut sahabat-sahabat disana sambung belajar diperingkat master. Kita akan diketengahkan dengan isu-isu yang lebih besar n mendalam. Daripada tak tau, kita jadi tau malah boleh respon kepada sesetengah isu yang dibincangkan. Saya sendiri berasa kagum (bukan pada diri sendiri) pada sahabat-sahabat yang sama-sama dalam kuliah, bilamana membincangkan sesuatu perkara, kita akan dapat lihat perbezaan pandangan yang diutarakan secara kritis dan matang. Mungkin pada peringkat awal kita akan rasa sedikit takut (itu yg ana rasa bila tengok silibus student master) tapi lama-lama perasaan tu akan hilang bila kita mula faham. Pensyarah ada untuk jelaskan isu, student amat2 digalakkan bagi pendapat, kuliah lebih santai sbb sume org dewasa/bekerja/berkahwin/ada anak dsb..exam lebih kepada kbkk, kdg2 isu yang dibincang secara santai time kuliah pn boleh keluar exam..Antara isu yang menarik perhatian saya adalah tentang Metod pengajaran/pengajian Usuluddin, perlu diubah atau kekal pada tradisi?Bagi adik2 yg masih lagi muda2 lg 2..amat2la di galakkan menyambung terus di peringkat master ini..takut2 kalau da kerja lagi niat nak menyambung 2..mungkin agak sukar..yelah da pgg duit..bile nak menyambung da jadi agak sukar untuk belajar kembali...

WHEN?
Q : Bila nak sambung master?
A : Lepas abis B.A, sumber kewangan yang kukuh (dalam RM3500-RM5000). Boleh mohon bantuan KPT under bajet mini (KPT tanggung yuran pengajian master n Ph.D). boleh buka website Kementerian Pengajian Tinggi (www.mohe.gov.my) > information and service (bahagian atas) > scholarship & study loan > No. 1 – perkara last tentang Pembiayaan Untuk Pengajian Ijazah Lanjutan

HOW?
Q : Nak apply?
A : Pergi ke website universiti yang anda minat. Permohonan boleh dibuat online, tapi still ada beberapa perkara yang perlu dihantar ke universiti dalam tempoh yang ditetapkan. If ada apa2 nak tanya, sahabat n sahabiah antum semua ada kat universiti2 disini n bsedia untuk membantu. Setakat yang ana tau (UKM – sy  sendiri, khadijah aini, intan norfarhana, mutawalli. UM – syafawati , farhana, azhar, fahmie. UIA – siti salma)

Persoalan : kerja @ belajar @ kerja sambil belajar?
Kalau kerja..xde ilmu..susah jugak..lambat skit naik gaji.naik pangkat..kepuasan diri tak meningkat
Kalau belajar..xde kerja..susah gak..sekarang ni semua pakai duit..tp kalo belajar bidang kritikal..insyaallah xde masalah.tp sekarang pun kpt ada juga menyumbang..
Kerja sambil belajar..boleh tahan susahnya..tp susah mula2 je..sekurang2nya tak ambil risiko besar sangat sebab dah dpt elaun setiap bulan..mana nak dapat peluang mcm ni lagi..bergantung kepada diri sendiri nak lepaskan peluang atau rebut peluang...dan terpulang juga kepada kemampuan diri masing-masing..

Secara pribadi, sy syorkan..bg mereka yg di dalam dilema..baiklah anda sambung sahaja pengajian ke peringkat ini..Sekarang ini, zaman semakin maju..dari skop bidang pekerjaan sahaja..BA terlalulah ramai..untuk jadi pensyarah pun sekarang ni memerlukan PHD..tidak mustahil juga 1 hari nanti peringkat MA ini pula yg berlambak2..dan ketika itu..yg memegang sijil PHD amat2 diperlukan..Bukanlah segenggam sijil itu yg kita dambakan..tetapi apa yg lebih penting ilmu yg kita dapat..lebih bernilai..dan menjadi terlalu mahal jika dapat hadamkan dan sebati dalam diri kita..Kalau tidak kita mulakan siapa lagi?Diharap coretan yang ringkas ini dapat melegakan hati n menambah keyakinan pada sahabat-sahabat yang bercadang nak sambung belajar. Ada lagi yg tak faham? Boleh tanya lepas2 ni, takde masalah..Allahu yusahhil ’alaikum jami’an!.Dipetik dr artikel :Ust Syafawati Salehan...sy just mengedit2 apa yg kurg.berdasarkan pengalaman sendiri dan untuk maklum lebih jelas kpd para pembaca...

2 ulasan:

  1. syukran kak atas nasihat di atas ni...

    BalasPadam
  2. hehehe..sme2..mail msti lebih tau kan..sbb da duk ukm lame...

    BalasPadam