Isnin, Oktober 19

Di MaNaKaH NiLai SeBuAH KeJaYaAN?



"..Jadual Final Exam Semester I, 2009.."

SELASA
3/11/2009
8.30-11.00am
"Metodologi Kajian Tafsir Dan Hadis Semasa"

RABU
4/11/2009
2.15-4.45pm
"Kajian Agama-agama"

KHAMIS
5/11/2009
8.30-10.30am
"Masyarakat Muslim Di Malaysia"

ISNIN
9/11/2009
8.30-10.30am
"Metodologi Mutakallimin, Falasifah dan Sufi"

SELASA
10/11/2009
8.30-11.00am
"Seminar Perbandingan Tasawuf"

Argh..da nak exam..
Mana kekuatan diri ini yg sudah hampir lenyap dan padam..
Bangunlah wahai diri..
Aku Boleh..Aku Boleh..Ya..Aku Boleh!!
Memandangkan lagi beberapa hari sahaja lagi diri ini akan menghadapi peperiksaan akhir di UKM, buat pertama kalinya menjawab final exam di sini..maka mungkin pengalaman dan situasi amat berbeza semasa mengambil degree dahulu.. ya..sudah pasti ianya berbeza..maka terfikirlah di akal yg telah dipinjamkan oleh diri ini.. secara hakikatnya, dimanakah nilai sebuah kejayaan yg berjaya dimiliki sehingga ke hari ini?..hmm..amat complicated nih...

Kita mula dari kecil...

masa kecik nak upsr 5A.
lepas UPSR nak PMR 9A,
lepas PMR nak SMA MUMTAZ,
lepas SMA nak SPM 10A1,
lepas SPM nak 4.0 di matrik, diploma @ tahap terbaik di STP ,
pastu masuk U nak CGPA deans list,
pastu kalu boleh nak belaja sampai tahap yg tinggi..paling kurang MA,pas2 PHD lak,
pas tamat blaja nak keje terus,
pas keje nak kawen, beli keta, umah dll,
pas ada smua nak ada anak pinak, nak anak membesar dgn elok,
pas anak besar ngan elok nak cucu lak,
pas ada cucu... wallahua'lamla...

Bila da agak remaja siket..terfikir pula...

bila mak dan abah dapat rasa duit aku bila aku dah kerja nanti, itu adalah satu kejayaan dunia bagi diri ini...

bila mak dan abah dapat menantu yang mereka idamkan, yang soleh, itu juga adalah satu kejayaan dunia..

bila mak dan abah pergi meninggalkan aku suatu hari nanti, dan aku sebagai anak tetap ingat dan sentiasa mendoakan mereka, itu adalah satu kejayaan bagi aku dan bagi mak dan abah..

sebab mak dan abah mendidik diri ini hingga jadi anak yang solehah, dan aku sebagai anak berusaha untuk jadi anak yang solehah.. insyaAllah kejayaan itu yang diri ini idam-idamkan...

Tapi..apa yg aku dapat..hanyalah kegagalan..lantaran diri ini mungkin masih tidak matang dan keanak-anakan..tiada apa yg dapat dibanggakan semasa zaman sekolahku..

Benarlah kata-kata yg mengatakan..

kejayaan akan lebih bernilai selepas mengalami kegagalan dan terjatuh tersungkur, dia mampu berdiri kembali. saat tu, nikmat kejayaan akan lebih terasa dan bermakna!itulah kejayaan yg sebenarnya !Sesungguhnya Allah tahu sejauh mana hmbaNya telah berusaha utk mencapai kejayaan..ini adalah kerana aku sendiri pernah melalui saat itu..alhamdulillah..hingga sekarang aku masih mampu berdiri sendiri..

Dan kini diri ini sudah dewasa dan mula terfikir...
Berteraskan pengalaman-pengalaman masa lalu..

Semasa kecil, aku lihat keluargaku,
Aku ingin mengubahnya kepada kehidupan yang lebih sempurna,

Bila aku masuk alam persekolahan, aku lihat kampungku,
Aku ingin mengubahnya supaya mempunyai banyak prasarana,

Bila aku masuk alam remaja, aku lihat masyarakatku,
Aku ingin mengubahnya supaya kembali kepada ajaran agama,

Bila aku berada di menara gading, aku lihat kawan-kawanku,
Aku ingin mengubahnya supaya membuat sesuatu kerana Allah semata-mata.

Bila aku berada di alam dewasa, aku lihat dunia,
Aku ingin mengubahnya supaya aman sentosa

Tapi, aku sedar,
Untuk mencapai semua matlamatku,
aku harus cemerlang dan mempunyai kedudukan yang baik,
kemudian,
barulah aku dapat mengubah keluargaku, kampungku, masyarakatku, kawan-kawanku dan dunia.

Tp..
di sebalik rentetan kejayaan yang dikecapi itu hanyalah bersifat sementara..maka ada yg tersirat sebuah matlamat yg lebih penting untuk dicapai iaitu kejayaan yg sebenar2nya dan hakiki..iaitu.. mencapai kejayaan menjadi org2 yg soleh yg mengambil bahagian dalam kehidupan di dunia tetapi tidak melupakan kehidupan abadi di negeri akhirat..seperti firman Allah dalam surah al-Qasas:77 yg bermaksud " Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadaMu (kebahagiaan) kampung akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kejayaan/kenikmatan) duniawi"..

P/s: Janganlah kamu berbangga dengan kejayaan yang dimiliki sehingga hari ini, semua kejayaan2 ini hanyalah bersifat sementara..kajayaan yg hakiki adalah di negeri yg kekal abadi iaitu "di negeri akhirat".YA ALLAH, MASUKKANLAH KAMI DARI GOLONGAN YG MEMILIKI KEDUA2 "KEJAYAAN" ITU (dunia & akhirat)..ameeen...

Kepada kawan2..doakanlah agar diri ini dipermudahkan di hari peperiksaan nanti yer..
Sebagai muhasabah untuk diri ini..
Anda pula bagaimana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan